Friday, 11 April 2014

MACAU 2014 - PART 1

THE VENETIAN

WELCOME TO VENETIAN

How to Get The Venetian from Taipa Ferry Terminal
  • Ambil sahaja shuttle bus free yang ada gambar The Venetian
free shuttle bus - THE VENETIAN

Bila  dah jumpa bus the venetian silalah naik.Jarak antara Terminal Taipa dengan Venetian lebih kurang 10 minit sahaja.Sepanjang perjalanan ke Venetian aku perhatikan Macau adalah sebuah bandar yang bersih,kenderaan pun kurang.Bas akan berhenti depan pintu masuk casino tersebut.Aku sangan kagum dengan senibina casino tersebut.Depan pintu masuk aku boleh tengok betapa mewahnya casino tersebut.Jangan lupa camera harus ditangan,rugi tak snap sebab banyak benda menarik.First step haruslah ambil map,sebab tempat ini besar.Bila map ditangan senang sikit aku nak plan journey aku.Aku mula tanda hot spot yang aku nak pergi dalam Venetian.
The Venetian Macao is a luxury hotel and casino resort in Macau, China, owned by the Las Vegas Sands. The Venetian is a 40-story, $2.4 billion anchor for the seven hotels on the Cotai Strip in Macau. The 10,500,000-square-foot (980,000 m2) Venetian Macao is modeled on its sister casino resort The Venetian Las Vegas, and is the sixth-largest building in the world by floor area. The Venetian Macao is the largest casino in the world, and the largest single structure hotel building in Asia. http://en.wikipedia.org/wiki/The_Venetian_Macao
Dipintu masuk venetian pengunjung dihidang dengan replika patung yang aku rasa dibuat dari saduran emas.Punya ramai manusia bergambar depan patung tersebut,aku aku snap sahaja maklumlah travel solo.Cantik sangat replika petung tersebut,mungkin itu simbol untuk pihak hotel tunjukkan kepada orang ramai betapa gahnya casino mereka.Sambil sambil melihat kecantikkan senibina Venetian sempat jugak aku jeguk casino diorang tapi aku nampak macam tak ramai sangat orang berjudi,mungkin waktu masih awal.Pintu masuk casino dijaga oleh amoi amoi cantik.
AWESOME SANGAT
PATUNG EMAS

JOM JUDI

Selepas puas menikmati sinibina disini,aku terus ke Four season mall yang juga terletak dalam bangunan Venetian,cuma anda perlu keluar dari Hotel tersebut dan ke bangunan yang bersebelahan.Aku just tanya pada di kaunter yang terdapat pada pintu masuk,mereka dengan baik hati menunjuk aku arah ke four season mall.

How to get "FOUR SEASON SHOP"
  • dari pintu masuk  utama Venetian sebelah kiri ada satu pintu keluar
  • Keluar dari pintu tersebut anda akan nampak brigde @ jambatan yang berhubung dengan bangunan sebelah.Lalu sahaja jambatan tersebut sehingga jumpa pintu masuk
  • Pintu sudah jumpa masuk sahaja.Jalan terus sehingga jumpa four season shop.
Pertama kali aku tengok shopping mall ini perkataan pertama dalam kepala aku adalah awesome.Senibina bangunan ini diambil berdasarkan Venice punya bangunan.Ada terusan ada brigde,gondolo memang sangat besar dan berbaloi pelaburan yang mereka buat.Tapi berbaloilah sebab memang ramai orang datang dan labur duit kat sini.Aku meneroka setiap sudut yang ada dalam mall ini memang cantik sangat.Selain itu aku tak melepaskan peluang untuk shopping kerana ada sale.Keterujaan aku sangat  terserlah saat melihat butik butik berjenama yang ada disini.

The Venetian Macao - Gondola Rides

Jika ada yang berminat mahu naik gondola pun boleh.Pemandu gondolo siap menyanyi lagi jika anda menaiki gondola tersebut,.Fefeling di Venice.Pada yang nak rasa cam pergi venice silalah naik.Gondola ini akan bawa anda menyeluri setiap sudut bangunan ini.

current rate  HKD100 = MOP100

harga untuk naik gondola
kaunter ticket

next trip aku akan naik ini gondola

Foodcourt
Dalam mall ini juga terdapat foodcourt.Tempat makan yang halal aku kurang pasti ada atau tidak sebab aku dah bawak makanan siap-siap so tak perlu habiskan duit untuk makan kat tempat mewah ini.Duduk dalam ini berjam jam memang aku leka sangat sebab semua yang didalam ini cantik cantik semuanya.Paling menarik bumbung yang direka seolah-olah anda berada diluar bangunan.dengan effect awan dan langit siap dengan burung persis original punya langit dan awan.

Shopping 
Bila nak shopping aku just guna HKD sahaja.Aku tak buat tukaran mata wang Macau,sebab mereka accept HKD.Rata-rata kedai disini akan pamerkan kadar tukaran wang HKD ke Macau Pataca.So senang nak buat kiraan.
                current rate  HKD100 = MOP100
Current raters DIATAS yang aku tunjukkan adalah nilai tukaran yang ditunjukkan di kedai.Tapi jika buat tukaran melalui money changes nilai tukaran seperti DIBAWAH

                                                                  current rate HKD100 = MOP103

Apa yang aku shoppping tak perlu aku tunjuk,sebab semua barang keperluan yang memang aku guna sebab harga lebih murah berbanding di Malaysia.Datang sini memang kena bawak duit bebanyak sebab banyak benda yang aku teruja nak beli.Tapi apakan daya aku hanya travel bajet makan shopping harus bajet walau tersasar dari perancangan asal.

Lebih kurang 4 jam aku habiskan masa dalam Venetian.Kaki rasa macam nak patah sebab jalan non stop,tapi hari rasa puas.Bila kaki dah mula tak boleh jalan aku ambi; masa untuk rehat 1jam.Sambil makan bekal yang aku bawak sambil lihat pemandangan dan gelagat pelancong yang datang kesini.Selesai makan aku pun menreuskan langkah ke HardRock and City of Dream.Kesimpulannya segalanya yang ada dalam bangunan Venetian ini sangat best termasuk tandasnya yang cantik dan bersih bagai kan sebuah bilik tidur.



Thank to random girl yang snap pic ini.tapi senget skit
cantik
langit itu tiruan punya,kalau duduk dalam ni dari siang sampai malam langit tu tetap cam gitu juga,cerah je memanjang walaupun kat luar dah ribut atau malam
jangan lupa shopping disini.Aku suka
aku ingatkan patung tapi orang hidup rupanya
City Of Dream & Hard Rock Macau 

City of Dream & Hard Rock Macau terletak bersebelahan Venetian sahaja.Hanya perlu lintas jalan  aku pun sampai ke pintu masuk City Of Dream.Masuk sahaja City of Dream seekor naga besar menyambut kedatangan aku.Dalam city of dream ada 2 aktivity@acara yang paling famous iaitu The House of Water Dancing dan Dragon Treasure.Aku tak berkesempatan untuk lihat 2 acara tersebut kerana kesuntukkan  masa.Waktu ini jam dah hampir 3.30 petang masih ada beberapa tempat untuk aku pergi.Tapi aku ini sedikit info berkenaan 2 show tersebut.Ini akan jadi reference aku untuk next trip ke Macau.Harga untuk Dragon Treasure show lebih murah berbanding Water Dancing Show.Sila refer pic dibawah harga bagi setiap show.Rugi pulak rasanya tak tengok show ini.


Harga untuk WATER DANCING SHOW
Harga untuk Dragon Treasure
Jom jelajah apa yang ada  dalam city of dream ini.Aku mula meneroka setia sudut dalam city of dream ini,cantik dan mewah haruslah menjadi trademark setiap casino dan hotel yang ada disini.outlet-outlet berjenama turut menjadi tarikan pengunjung.Casino pula setiap terbuka menanti tetamu.Sudah puas merayap dalam city of dream aku masuk ke HardRock hotel.Sempat singgah di HardRock shop.Aku just masuk cuci mata sahaja tiada apa yang menarik untuk aku beli,sebab di Venetian sudah shopping.HardRock hotel ini sangat cantik dengan decoration yang amat mewah.Sudah habis ronda HardRock Aku pun ambik shuttle bus balik ke terminal ferry,sebab nak ke Grand Lisboa pula.Kali ini aku naik The city of dream punya shuttle bus.Masa nak cari bas city of dream aku just tanya penjaga pintu mana free shuttle bus,dia dengan baik hati tunjukkan pada aku jalan untuk dapatkan bas,senang dan mudah.

Lintas sahaja jalan tersebut  aku pun sampai ke CITY OF DREAM
Hidangan pertama bila hadap City  of Dream.Naga
HardRock Macau
Mermaid yang seksi hasil dari effect air.Aku pun tak tahu nak cakap apa tapi sangat best.Boleh tengok free bersebelahan casino dalam city of dream.Tapi mermaid ini akan muncul kejap dalam 1 minit sahaja
pic ini senget.COTAI SAND
casino & hotel

2 comments:

  1. Dragon treasure show tu mmg best klau nk repeat mesti tgk show ni :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya lor hari tu rugi sebab tak tengok next trip kalau pergi lagi mesti wajid saya tengok

      Delete