Sunday, 13 April 2014

TUDUNG LAPIS LAPIS ISU

Beberapa minggu ini isu tudung lapis lapis hangat diperkatakan bila pihak pengeluar dengan kerjasama pihak berwajid mengambil tindakan pada mereka yang telah mencuri hakcipta mereka.Bila bercakap soal rekacipta semua negara maju didunia ini sudah lama mempraktikkan pemeliharaan karya mereka.Isunya mudah "Tudung" sahaja tapi kecoh 1 Malaysia disaat Malaysia dikecohkan dengan 1 insiden yang lebih besar dari isu tudung tersebut.
Pada pandangan aku bila pihak pengeluar telah mempatenkan hakcipta design mereka itu adalah  satu langkah yang sangat bijak.Aku memang sokong,sebab itu hasil titik peluh dan hasil kreativi mereka mereka design tudung lapis-lapis ini.Sewaktu tudung lapis lapis ini belum popular aku selalu nampak pihak pengeluar bekerja keras mempromosikan tudung mereka,mereka berusaha untuk menaikkan jenama mereka dan bila mereka lakukan perkara yang sepatutnya ramai yang menunding jari pada pihak pengeluar.Bila isu ini menjadi besar ramai orang menunding jari menyalahkan pihak pengeluar.Aku rasa ini tindakan yang kurang bijak atau tindakan masyarakat yang kurang maju.
Pihak pengeluar ada juga mengatakan mereka juga ada menyediakan ruang jika pengusaha lain mahu mengeluarkan tudung yang sama dengan mereka tapi dengan keizinan pihak mereka.Disini aku rasa jika pengusaha lain mendapatkan keizinan pihak pengeluar untuk mengeluarkan tudung yang sama aku rasa tiada masalah sebab bila kita datang cara beradab tentu balasannya cara beradab.
Dahulu sebelum namanya segah hari ini aku selalu lihat si cantik itu menghantar tudung disebuah kedai kain terkemuka di KL ini untuk menempatkan tudung mereka.Kejayaan hari ini adalah hasil kerja keras mereka.Cuba anda diluar sana letakkan diri anda ditempat pihak pengeluar apa anda rasa jika hasil karya anda ditiru di ciplak dan menjejaskan perniagaan anda,aku rasa tentu anda akan marah.Walau mulut cakap IKLAS BERKONGSI REZEKI tapi IKLAS KE HATI BILA BERKATA-KATA.Tepuk dada tanya sama hati.
Dari segi harga tudung tersebut memang mahal tapi ada lagi tudung yang lebih mahal yang pernah aku tengok betul kata pengeluar tersebut berfesyen ikut kemampuan.Aku pun pakai tudung lapis lapis yang original dan yang ciplak.Ramai yang cakap mereka nak beli yang original tapi mahal,mereka beli yang ciplak sebab murah.Aku akui yang ciplak murah tapi dari segi kualiti jahitan,kualiti kain mungkin ada sedikit perbezaan,sebab aku ada banyak tudung lapis lapis ciplak aku dapat lihat dari segi kualitinya.
Tapi apa yang aku lihat perempuan di Malaysia ada jenis duit takde tak apa janji gaya ada.Mahal atau murah sebenarnya bukan isu tetapi sikap manusia lain yang kurang senang bila melihat kejayaan sesuatu pihak dan tidak tahu menghormati hak orang lain.
Kepada orang diluar sana jangan gebang kes terpencil ini sebagai isu besar kerana banyak lagi isu besar negara ini yang lebih hebat berbanding isu tudung.Apapun tahniah kepada pengeluar kerana berjaya pertahankan hak anda sebab jika aku berada di tempat mereka aku pun akan buat perkara sedemikian.Sekian ...........





1 comment: