Friday, May 13, 2016

SANTAI MUSIM LURUH 2015 - DAY 1 - PART 2

Pokok femes.Susuh benor nak posing depan ni.Setiap masa ada manusia.
Masuk je dalam aku usha map dulu.Tengok tengok dulu apa yang ada kat dalam.Sebelum tu sempat snap dulu apa yang patut kat depan depan tu je.Tapi aku kena cepat sebab aku datang sini dengan misi nak naik T Express.

Masa aku jalan jalan tu jumpa pulak family melayu.Sombong ! 


Normal kot bila Melayu gi obersea jadi kekwat.Kerek gila muka 



Apa apa pun aku kena naik ride dulu lepas tu baru petik petik gambar.Aku sampai je kat T Express tu mahu pengsang tengok ramai sangat orang beratur nak ambik ticket.Kalau macam ni mahu jam berapa aku dapat naik.Tapi aku tetap gigih beratur.

Dalam sejam aku beratur baru dapat turn.Masa tengah beratur aku sempat lagi fikir nak naik ke tak sebab kalau tengok fizikal roller coaster tu macam seram yang amaks.


Bila dah sampai turn aku tu lagi berdebar debar.Macam macam aku fikir.Macam macam imaginasi buruk  buruk datang dalam kepala otak.Tapi alang alang aku dah sejam beratur baik aku teruskan.

Time roller coaster tu jalan je aku dah cuak.Paling aku ingat bunyi bunyi kayu yang nak runtuh.Serius bunyi tu sangat ngeri.Aku nak jerit pun rasa macam tak keluar suara.Aku rasa macam lama sangat nak habis pusing pusing tu.

Lepas turun dari dari T Express tu rasa macam puas sangat.Aku masih ada adrenalin.Tapi rasa nak muntah pun ada campur seram sejuk bahana  takut yang tak habis lagi.Aku relax jap.Bila dah rasa macam ok tu baru aku gerak pergi ride lain pulak.


Lepas main T Express tu aku nak main Thunder falls pulak.

Aku tak main semua ride cuma yang terpilih saja.Habis aku main semua ride yang aku pilih aku rehat rehat dulu dekat holland village.

Aku rasa masa banyak terbuang sebab beratur je.Sape suruh pergi hari minggu kan.





Dari Holland village tu aku gerak ke tempat tempat lain untuk activity snap.Masa aku dekat tengah tengah garden tu ada budak perempuan korea cuit aku.Aku pusing belakang tanya budak tu kenapa,mana tau kot nak aku tolong dia tangkap gambar ke,rupanya budak tu nak ajak aku bergambar dengan dia.Ada lagi kawan kawan dia yang lain.Budak pempuan ni boleh speaking jugak walau tak lancar mana, tapi aku masih faham apa dia cakap.


Running Man pun buat shooting kat sini Tapi aku lupa episod berapa
Dia bagi tahu dia dah nampak aku masa dekat entrance lagi.Tetiba rasa macam artis pulak.Aku berbesar hati je nak tangkap pic dengan diorang.Apa salahnya sesekali layan fan.Tapi aku pun sob sob jugak sebab lupa nak ambik pic dengan diaorang.Lepas sesi bergambar tu diorang say thank you pada aku.Tetiba rasa terharu......fefeling Tong Jendul jap

Pada aku everland ni besar sangat,dan nak jajah semua memang makan masa.Aku jalan pun slow je.Stamina macam kurang.

Sempat jugak aku tengok show yang kat bawah ni.Lama jugak la nak kena menunggu.Tapi aku lupa jam berapa hari tu.Seronok jugak layan benda benda cam ni.Budak budak kat tepi aku bukan main seronok lagi.Siap jerit jerit lagi.Ada yang menari nari kat tepi.

Pempuan pempuan yang menari tu boleh tahan cantik

Tengok budak budak kat sebelah aku tetiba aku ingat kat adik aku.Mesti dia suka tengok benda benda cam gini.Tengok la nanti aku plan nak bawak diorang travel.tu pun kalau mak aku kasi bawak diorang.

Sape yang ada anak tu kalau pergi korea must datang sini.Seronok !




































Habis je show ni aku terus ronda ronda buang masa.

NEXT.....................................................

10 comments:

  1. debbor tengok tajuk.. ingat kena santau ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun seram hahahaah.Aku dah betulkan.
      Biasa ar bila editor tak check kesalahan bahasa.Thank Abang Meng

      Delete
  2. gigih betul beratur nak naik T Exress tu ..1 jam kot..hadoo!!! kalau JM pun seram nak naik tp suka gak dalam takut2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. of cos la JM.Jauh jauh datang tak naik tak seoul la namanya.Tapi tu ar bab kena beratur tu je ar yang haru sikit

      Delete
  3. org melayu kekwat kat Korea mmg ramai...ramai yg JM jumpa mmg mcm tu...dulik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe mereka kaya raya kot sebab tu paten diorang cam gitew

      Delete
  4. CC kan cute mesti ada yg minta bergambar hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahaahah cute la sangat makeup je lebih

      Delete
  5. gambar semua cantik..letak lah watermark

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ar tapi nak meletaknya macam malas.Ade je kawan CC sound suh letak watermark.Tengok la untuk next pic

      Delete

LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...