Wednesday, 18 May 2016

SANTAI MUSIM LURUH 2015 - DAY 1 - PART 3

Masa aku pusing pusing tu aku jumpa ramai gak ar orang Melayu.Lepas tu aku jumpa group makcik pakcik.Macam tak relevan je diaorang datang Everland.Ada ke pakcik makcik yang gigih nak naik ride tu semua.Dengan sesaknya manusia.Maybe makcik pakcik ni funky agaknya atau dalam group diorang ada budak budak muda,ntah la aku pun tak perasan.Macam kesian jugak tengok makcik pakcik yang berlongok longok tak tau nak buat apa.Baik bawak diorang pi tempat lain pasar ke ada jugak faedah.

Layan je entry bergambar.

Aku rasa macam dah habis tawaf semua dalam ni.Penat tak payah cakap.

Hari dah petang aku tak tahu nak balik jam berapa.Tapi macam dah takde apa nak buat.Aku lepak lepak je kat taman sambil tengok tengok orang.

Nak tunggu  malam lagi rasa macam tak larat.Badan rasa nak baring je.Mata pun mengantuk.

Dalam jam 5.30 petang aku gerak keluar dari everland.Naik shuttle pun orang penuh.Sampai bus stop orang dah ramai beratur tunggu bas.Dalam  setengah jam jugak aku tunggu bas datang,sampai je terus naik tapi sedih takde tempat duduk.

Paling stress bila balik jalan sesak,terus rasa fefeling duk kl walau aku kat Korea.Macam 
macam rasa dah masa tu nak muntah la pening la nasib aku ada bawak tiger balm boleh sapu sapu  hilang rasa mual semua.Bayangkan hampir 1 jam lebih kena berdiri dengan perut yang lapar.Ada sorang budak laki tu siap duduk atas lantai lagi.

Masa dalam bus depan aku sorang pempuan.Memang orang korea sangat baik hati.Pempuan depan aku siap pinjam phone amoi yang berdiri sebelah dia.Kalau kat Malaysia haram la orang nak bagi pinjam mudah macam tu je.Aku tak rasa diorang tu kawan.Aku sendiri  pun tak berani nak bagi orang pinjam aku punya phone.

Sampai je Gangnam aku duduk duduk minum air dengan makan muffin.Relax dulu baru aku jalan jalan area gangnam.Jalan jalan window shopping.Sempat la cari cari kasut yang aku nak beli tapi macam non hado.Takpe nanti cari kat tempat lain.

Sebelum balik ke Seoul station sempat aku beli nasi dengan susu pisang yang diwar warkan seantero dunia yang dikatakan amat lazat sampai termimpi mimpi.

Aku minum sikit je terus rasa mual.Memang tak kena dengan tekak aku.Sory aku tak boleh cakap susu tu sedap.Aku terus buang.Takpe lah sekurang kurangnya aku dah rasa dan aku memang tak suka.

Rasa macam dah takde apa nak buat terus aku ke train station balik ke Seoul station.Plan nak ke Myeongdong tak jadi sebab  aku penat.Aku balik hostel cepat cepat sebab nak makan nasi.Cuaca malam tak sejuk mana.

Sampai je hostel terus panaskan nasi instant yang aku beli kat 7e tadi,makan dengan tuna.Sambil sambil tu aku text kawan aku bagi tahu dia aku dah minum susu pisang yang tak sedap tu.Terus dikeji keji aku sebab aku bagi tahu dia aku mual bila minum.

Habis makan aku fikir fikir untuk esok punya activity.Aku memang dah plan nak pergi situ tapi tengok keadaan dulu,kalau hujan malas nak pergi.

Malam tu aku tidur awal.

10 comments:

  1. sian lak tgk pakcik makcik masuk everland..mgkin dorang follow group so pasrah lah kalau ke everland ni

    ReplyDelete
  2. habis tawaf? CC tak naik ke semua ride yg ada tu..best oo naik sampan gergasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. of cos naik JM.gisih tau cc beratur

      Delete
  3. rasa mual pas minum susu pisang tu..hurmmm..maybe x semua org leh telan susu tu but JM boleh minum berbotol2 tau sbb SEDAPPPPPPP sgt di tekak ni ..setiap kalu turun korea susu pisang yg d cari dulu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya cc takleh jadi orang korea la sebab minum susu pisang pun dah mual hahahaha

      Delete
  4. Replies
    1. tapi lagi cantik bila dapat tengok depan mata

      Delete
  5. Memang x best berjalan dlm tak sihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan dalam keadaan tak sihat memang rengsa.Orang yang pernah alamni je tahu cam mana rasanya

      Delete