Thursday, July 6, 2017

THAILAND - PATTAYA - PART 2

Aku bangun lebih kurang 12 setengah.Lepas makan ubat subuh tadi aku rasa ok sikit,tapi kepala aku je rasa sakit.Aku plan nak buat day trip ke koh larn tapi terpaksa batal.Memang aku tak larat nak jalan jauh.Tambah pulak cuaca hari tu boleh tahan panas.

Lepas aku bersiap,aku keluar nak jalan dekat dekat je.Beach tak jauh mana pun jalan 2 minit dah sampai.Takpelah takde rezeki nak berpoya tempat lain dekat dekat hotel aku jadilah.

Memula aku cari simcard dulu kat 7e kot ke kedai apa ntah.Aku pun lupa aku masuk je terus tanya budak jaga kaunter nak beli simcard.Nasib ada.Kalau aku tau semalam aku datang je sini tak payah nak menapak pergi mall sana.Budak yang jaga kaunter tu tolong aku letak simcard aku kat phone.Lepas tu baru lega dapat jugak contact dengan adik ngan bff aku.Aku bukan apa tak nak diorang risau je.Sebab aku dah janji sampai je aku text diorang.

Sebab tak tahu nak pergi mana aku just jalan jalan tepi pantai tu je.Aku snap pun malu sebab ramai sangat orang pakai bikini dengan yang jantan dengan spender je.Iols segan uolsss.Nanti aku tala cam diorang orang aku nak snap pic diorang pulak.

Tengah aku snap tu tetiba cam aku buat hal.Pic aku snap tadi non hado.Stresssssss !!!! aku try banyak kalu tetap pic yang aku snap hilang,Aku tengok memori card aku ada lagi. aku try again and again tapi macam tak jadi terus aku balik hotel.

Balik hotel rehat kejap aku pegi mall yang aku pergi semalam.Sebab memory card aku problem.Aku tak bawak yang spare punya.Terbang lagi duit aku.Nasib ada satu kedai camera kat dalam tu so aku beli sajok.Kalau tak beli tak bolehlah nak snap pic sendu nanti.
Aku sempat usha usha mall tu,sebab semalam tak larat nak usha.Best juga kalau nak shopping,harga stardard KL juga.Dalam aku tak nak soping akhirnya terpedaya jugak.Aku ni kalau pergi mall suka berpeleseran kat kaunter perfume so iols terbeli 2 jenama perfume.Sebab perfume perfume aku kat umah tu macam tak cukup korum so aku kena tambah tambah apa  yang patut.



Adakah kakak chanel tu pandai entertain so aku pun ambil 1 perfume.Lepas tu aku pergi pulak kat kaka Estee Lauder aku ambil 1 perfume,betapa ramahnya kaka kaka sekalian entertain aku.Sebab tu aku beli.Lepas dah beli tu cepat cepat aku keluar,kalau berlama lama ntah apa lagi aku beli.So pesan iols to kekaka yang jaga konter or whatever please dont kekwat bila entertain customer hokey.Kekadang orang tak kisah pasal harga tapi cara layanan
malam malam boleh jugak nak lepak sini
 police station
Dari mall tu aku pergi balik ke pantai.Pergi balik sebab nak snap je pun.Kalau ikut hati aku nak balik hotel tidur lagi baik.Sebab badan aku dah rasa lain macam.Aku jalan pun slow slow je.Kepala rasa pening pening maybe aku minum ubat batuk  agaknya.Lagi satu aku gagahkan diri berjalan sebab nak cari makan.Aku lapar nasi.



So aku jalan je tepi tepi yang banyak kedai makan tu.Tapi ada jugak yang belum buka sebab awal lagi agaknya.Lagi satu mata aku dah pedih pedih.Adakah sebab banyak sangat tengok orang seksi seksi mata aku jadi pedih pedih

Aku  masuk jap dalam rockshop.Tak beli pun sebab agak mahal.Usha kolam mandi dorang tapi ada beberapa ketul kokesen tengah mandi.

orang semua dah cabut sebab hari dah petang.Waktu aku memula datang tengahari tadi semua penuh dengan aksi tayang tetk free payung payung pun banyak yang dah tutup
Aku jalan sikit aku stop rehat rehat tepi pantai sambil tengok orang lalu lalang.Perut aku makin tak boleh tahan ni,aku betul betul perlu nasi,
Waktu aku nak patah balik aku masuk satu simpang,tetiba nampak la ada kedai tulis halal,tapi aku harap maaf sebab aku tak snap pun sebab lupa.Kedai tu kecik je tapi boleh la nampak sign HALAL dengan jelas,
Simpang tu betul betul depan gambar Raja Siam ni

Waktu aku pergi tu ada ramai jugak orang tengah makan.Nak makan dekat luar pun boleh nak makan dekat dalam pun  boleh.Sebab kat luar agak panas so aku pilih dalam je.Kedai tu macam warung biasa je.Tauke dia orang paki kot,sebab waktu aku masuk dalam ada sekeluarga paki duk sembang dengan tauke tu.
Masuk tu staf dia bagi menu,banyak jugaklah pilihan,Tapi aku pilih nasi goreng seafood je.Aku tunggu makanan pun tak lama bila dah sampai tu boleh tahan  banyak.Makan 2 kali pun boleh.Rasa nasi tu biasa je.Tapi bolehlah untuk aku yang dah kebulur nasi.Harga pun agak mahal tapi tak ingat berapa.Seafood tu banyak jugak kat dalam.Nak kata berbaloi ngan harga tu ntahlah.Aku janji boleh makan nasi je,harga tu belakang kira.
Dah habis makan tu baru rasa lega,baru ada tenaga balik.Lepas tu aku ronda ronda sikit lagi.Nk tunggu sunset sebenarnya.Tapi macam malas pun ada.Aku nampak  katil ngan tilam je waktu tu.Tak best betul jalan bila tak sihat.Semua aktivity terbantut.
Ada cafe memula macam nak minum coffe lepas makan nasi.Sifat tamat sentiasa ada walau perut dah penuh.Tapi takpelah tak baik membazir kekdahnya
Sebelum balik hotel aku pegi cari FM dulu,sebab office mate aku pesan,Aku beli dekat Mike shopping.Aku masuk mall tu saja saje je tapi nampak kat tingkat atas ada jual jual sourvenir so aku beli je terus,Beli pun tak banyak.Untuk orang orang tertentu je aku beli.
Ni dalam mall tu.Bahagian bawah ada jual jual baju murah murah,ramai jugak orang beli.Kualiti pun ok walau ciplak.






Jalan balik ke hotel.Petang petang cam gini ramai dah kaka ponen dah keluar tunggu customer.Macam kesian pun ada.Sebab kesian adalah diorang tak lawa mana hahahahahahah

bar bar pun makin penuh dengan manusia.

Seronok jugak berpeleseran kat sini kalau kesihatan aku tak terganggu dengan deman hari tu.Tapi nak buat cam mana redha je lah.

Balik bilik mereput dalam bilik sambil tengok tv

No comments:

Post a Comment

LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...