Thursday, 6 July 2017

THAILAND - PATTAYA - PART 3


Malam tu aku rasa macam badan aku makin panas.Lepas makan ubat aku rehat je.Nak keluar pun aku dah malas.Tadi aku dah call teksi untuk ambil aku esok.

Ni lagi satu problema.Transport nak ke airport aku cuba call pempuan yang bagi aku card untuk transport tu.Aku tanya dia ada ke tak minivan untuk ke airport dia cakap takde.Yang ada kereta je.Tanya reception pun macam tu jugak.Harga teksi mahal and tak berbaloi kalau untuk sorang.Banyak tempat jugak aku tanya harga diorang charge pergi airport rata rata dalam 100,000 thb kepala bana la kau sorang sampai 120 henggit

So aku nego nego ngan pempuan gemuk tu dapat la 50.00 hengit.Sebab aku sorang.So aku mintak dia datang pickup aku dalam kul 1.00 sebab flight aku hampir jam 3 kot.so sempat la.Aku ada baca katanya ada minivan 250 thb tapi bila aku tanya semua tempat macam non hado.

Aku memang malas nak fikir time tu.Deman deman ni otak jadi malas nak fikir.Apa yang ada aku rembat je.

Malam tu aku memang tak boleh tidur.Aku rasa lepas subuh baru boleh lelap tapi tidur tidur ayam jek nanti terlajak tidur sampai tengahari how?

Aku check out dekat jam 12 jugak.Malasnya nak bangun.Rasa nak tidur jek.Aku just lepak lepak kat lobi hotel.Waktu kat lobi ada sorang makcik bukan main seksi lagi pakai baju nampak kopek.Makcik tu orang Indonesia tapi speaking berabut bila cakap ngan aku.Sheols datang bercuti ngan laki sheol.Laki sheol nampak cam kokesen gitew.Sheols bagi tahu aku yang sheols dah berhijrah dari indo ikut laki sheols.Kadangkala je balik Indo sana.

Sheol pun siap  tunjuk lagi gambar gambar anak sheols kat aku.One of the anak sheols bukan main alim lagi.krit krti sangat bila aku tengok style makcik ni.Anak sheols katanya hafiz.Tengah tengah borak tu datang pulak aku driver yang aku book semalam.So aku mintak diri ngan makcik tu.

Aku ingat driver tu datang ngan kereta rupanya datang ngan minivan.Dalam minivan tu aku sorang jek.Cuaca kat luar panas sangat.Bila dah masuk van tu aku siap suruh driver tu kuatkan aircond lagi.Aku takde borak pun dengan driver tu.Aku takde mood dan tak larat nak layan orang.Aku ingat nak suruh driver tu stop dekat satu patung buddha besar yang aku nampak waktu datang hari tu tapi bila mikir cuaca yang panas tak koser la.
 aku sempat snap dari dalam van










Lebih kurang 40 minit akhirnya sampai airport.Bayar duit kat driver aku terus masuk dalam tapi tak boleh check in lagi.Duduk la mereput kenang nasib diri.Esok  pagi aku kena naik kapal pakcik tony lagi.Tiap tiap hari turung naik kapal pakcik Tony sampai kawan kawan  aku selalu cakap aku nak kapal terbang macam naik lrt.

Aku sebenarnya lapar.Dalam airport tu ada satu kedai tapi non halal.Aku makan biskut ngan coklat yang aku bawa.Tapi tetap tak kenyang.Aku nak nasiiiiiiiiiiiii.

Bila dah boleh check in tu lega sikit.Orang tak ramai mana.Tapi yang paling buat aku menyirat tu waktu bas bawak semua penumpang ke tengah sebab flight sangat jauh.Bas tu punyalah jalan slow gila.Sakit pulak hati kita.,Kalau jalan kaki aku rasa mesti yang jalan kaki sampai  dulu.Lain kali kasi semua penumpang turun baru load yang baru ni satu hal nak kena berpanas panas dalam bas..Aircord bas tak berapa nak kuat,cuaca kat luar pulak panas campur dengan aku yang lapar.Kecik besar je aku nampak driver tu.

Bila dah masuk perut kapal tu lega sangat.Bila dah take off tu tak lagi tak sabar nak balik.Sebab lapar aku ada ambik meal so tak perlu nak tunggu tunggu.Bila dah dapat nasi lemak makan dengan bersungguh sungguh.

Tapi bila kapal nak touch down tu aku rasa telinga aku bengang sangat.Sampai suara orang aku dengar sayut sayut je.Bila kapal dah selamat mendarat dan aku pun dah keluar dari perut kapal telinga aku pun masih rasa tak selesa.

Lepas tu aku pergi toilet.Lepas tu baru ingat yang aku terlupa nak makan ubat selsema sebelum naik flight.Sebab aku pernah baca satu artikel katanya bila kita selsema sewaktu penerbangan kita di saran untuk ambik ubat selsema atau paracetamol setengah jam atau satu jam sebelum penerbangan.Bengang telinga aku tu beberapa hari baru hilang.

Aku sakit mata rupanya.Sebab mata aku merah dah pedih.Kena virus kat Thailand sanakah ?

Makanya tamat percutian tahun baru cina plus deman ke Pattaya

Terima kasih Pattaya ........................................


No comments:

Post a Comment