Thursday, August 24, 2017

SANTAI MUSIM LURUH - KOREA - SOKCHO


Hari Ke-2

Pagi tu aku bangkit awal,jam 6.00 pagi aku dah bangun.Yang lain pun tidur lagi.Bangun just tukar baju,nak mandi malas sebab sejuk.

Nak breakfast pun takde lagi.Kat luar masih gelap.Takut jugak aku nak jalan sorang sorang dalam gelap.Tapi cuba cuba beranikan diri.Tak cuba tak tahu kan.Nanti apa pun  tak dapat.Bukan selalu aku segigih ni.

Ya pagi ni aku gigih nak tengok sunrise.Sunrise kat sini orang kata lawa.Kalau lawa apa salahnya aku menikmati keindahan itewww

Awal pagi dalam gelap aku pun jalan laju laju,cuak pun ada.Tiap kali aku dengan ada motor ke kereta dari belakang mesti aku pusing.Tapi best jugak jalan awal pagi macam ni.Cuaca pun nyaman je.

Aku jalan dalam 10 minit macam tu aku pun sampai kat area pavilion sunrise.Pavilion ni ada 2 satu kat atas bukit satu kat bawah.Aku malas nak naik tangga aku pergi yang bawah je.Nak tengok pavi sunrise area mana boleh cari map kat google.Aku malas nak tepek.

Aku ingat aku yang paling awal rupanya waktu aku sampai tu memang dah ada yang stanby kamera lagi.Ada satu couple makcik pakcik tu gigih cuba borak ngan aku.Dia tanya aku macam macam.Kadang tu aku boleh pickup apa yang dia nak cakap kadang aku tak faham hujung hujung aku angguk je



Sunrise hari tu dalam jam 7 pagi.Tak lama tu orang makin ramai.Pavilion sunrise yang aku lepak tu makin penuh.Masing masing dah parking baik cam memasing.Ada yang datang berbungkus dengan selimut,ada yang datang siap bawak bekal bekal lagi.Aku je yang lupa nak bawak apa apa makanan.Sambil sambil tunggu tu pakcik tu siap tunjuk kat aku gambar gambar yang dia ambil.Lawa OK !

Akhirnya cahaya mula menerangi alam sedikit demi sidikit,memasing mula fokus.Mula dengar shutter bekerja dengan gigih.



Aku rasa sunrise kat Sokcho ni memang lawa.Nikmati sepuas puasnya perkara yang jarang jarang aku dapat lihat.

Akhirnya seluruh alam mula terang.Tapi ramai je yang masih duk lepak lepak lagi.Aku cepat cepat balik hostel.Plan aku hari ni kena keluar awal.

Ni Pavi yang atas.Ramai jugak yang lepak atas ni masa awal awal tadi.Sebab aku dengar bising bising
 ni Pavilion tempat aku lepak
 ni tangga untuk naik ke Pavillion observatory yang atas tu




Macam dah takde apa nak buat aku pun cepat cepat turun.


 Kedai kedai seafood yang banyak terdapat di sepanjang jalan.Aku tak sure kedai ni buka jam berapa.Tapi kalau lalu tepi tepi kedai ni boleh tengok seafood yang ada dalam aquarium
 Sokcho Port Servis center
Jalan pun kosong lagi.Agaknya semua orang masih tidur lagi

Dah sampai hostel aku cepat cepat naik bilik,tengok breakfast dah ada,tapi aku malas makan dulu.Aku nak mandi siap siap pastu baru breakfast.Waktu aku naik tu aku jumpa sorang kakak Melayu.Sempat aku borak kejap.

Dah siap siap tu aku turun breakfast.Ada orang dari Malaysia jugak tapi kekwat yang amat.Koserrr sangat aku nak tegur kau.Aku rasa laki bini pastu ada lagi sorang geng dia.Tu je yang ada kat situ.Pagi tu makan semua yang hostel provide.Makan banyak banyak.Hari ni aku nak guna banyak tenaga.

Siap breakfast nak bilik ambik barang terus aku keluar.Tapi bukan check out la.Aku ada lagi semalam kat sini.

Jalan terus je bus stop.

Mr Yoo dah bagi tahu semalam tempat tunggu bus nak ke Mount Seorak.Tapi aku tunggu belah lain.Waktu aku sampai bas stop aku nampak kakak yang aku jumpa kat hostel tadi,

Aku tanya dia kenapa masih kat bas stop,takde bas ke dari tadi.Dia cakap tadi dia pergi jalan tempat lain dulu.Aku pun duduk sekali ngan kakak tu tunggu bas.

Dia cakap kat aku semalam dia dah pergi Mount Seorak tu tapi dia tak boleh naik atas,katanya angin kuat so cable car terpaksa close for temporary.

Depan bas stop ada cafe tapi belum buka.

Tunggu dalam 10 minit bas pun sampai.Baik kakak tu.Dia ajak aku jalan sekali ngan dia.Aku ok je.Berdua lebih baik kan

Perjalanan nak ke Mount Seorak takde jauh mana.Aku rasa macam kejap je naik bas dalam 15 minit lepas tu dah sampai.Jalan pun clean n clear je.Meh kita daki puncak ...................................................

No comments:

Post a Comment