Tuesday, August 29, 2017

SANTAI MUSIM LURUH - KOREA - SOKCHO - SEORAKSAN NATIONAL PARK - PART 1

Bila dah sampai ke Seoraksan National Park kakak tu suggest untuk naik cable car dulu.Dia cakap kalau cuaca tetiba tak elok nanti jadi macam semalam.Pagi tu cuaca memang lawa.

Kalau aku sesorang mesti aku layan  kat bawak dulu.Aku teruja bila tengok daun colour calour ni.

cafe tapi aku tak check pun menu halal atau tak

Kakak tu tolong beli tiket masuk 3500won sorang

lepas tu kitaorang cepat cepat jalan ke cable car station.Beratur lagi beli tiket.Kakak tu juga belikan untuk aku.Harga Cable car 10,000 won untuk round

Admission Fees 
Round trip: Adults 10,000 won / Children 6,000 won 
* Adults: age of 14 and older (middle school students and up) 
* Children: ages of 3-13 / Children under 36 months old can enter free
* Note: in order to use the cable car, visitors must pay admission to Seoraksan National Park as the property is located inside the park. 


Lama jugak kita orang kena tunggu dalam 45 minit.Kita orang lepak lepak je dalam restaurant dalam station tu.Orang memang penuh la.Tengok pulak makanan diorang macam sedap je.Tapi tak sure halal ke tidak.
Ada kedai jual jualan jugak

 Cable car yang baru sampai.Kakak tu suruh aku cepat cepat nanti dia cakap boleh ambik port kat cermin .Dari bawah nak ke atas tu dalam 5 minit je.Macam tak puas pun ada.
 Banyak daun daun yang dah guguh.Mungkin cuaca kat atas ni langit sejuk berbanding bahagian bawah.

 Akhirnya sampai juga.Dari sini kena daki anak tangga pulak.Yang naik ramai yang turun pun ramai.Paling kagum bila nenek nenek tua dengan gigih daki anak tangga.Aku yang sihat ni pun semput naik sampai ke puncak,memang kasi satu like lah kat nenek semua sebab daki anak tangga relax je
Laluan kat atas ni tak luas mana pun ngam ngam je.Aku jalan slow slow
Teruja ni bila nampak puncak.Feeling nak naik sampai atas,tapi macam takut pun ada.Angin agak kuat waktu ni.Nasib aku ada bawak hoodie boleh hilang rasa sejuk.Nak sampai aras ni dari cable car station tadi dalam 15 minit jugak aku mendaki anak tangga.
Nak mendaki tu kena hati hati jugak,tambah ngan angin lagi rasa nak terjatuh pun ada

Tetiba angin kuat sangat datang bunyi angin pun dah seram,aku macam cuak jugak.Tapi kakak tu suruh aku duduk pegang je tali kat tepi tu.Sejuk boleh tahan kat atas ni,tapi ok lagi la.Kalau sejuk melampau lampau aku memang tak daya nak lama lama.


Bila aku tengok batu tu macam cuak pulak nak naik sampai puncak sana.Aku terbayang tetiba batu tu jatuh tergolek kat bawah and terhempat sapa sapa.Ngeriiiiiiiiiiiiii ok , terus aku batal niat.


Tapi makcik pakcik kat sini relax je mendaki pastu pose pose tepi gaung

Ada berani posing celah celah tu,tepi  tu gaung silap silap angin kuat boleh melayang masuk gaung
Ada je yang posing sipi sipi gaung.Kerlas kau orang semua.Aku memang tak berani dengan angin yang kuat cam gitu.
kakak yang pakai seluar maroon tu yang aku ikut.Waktu ni kitaorang dah nak turung bawah.Tak lama pun lepak atas ni dalam setengah jam je.Orang makin ramai.Lagi satu takut tetiba angin kuat cable car tutup tak ke tersadai kat atas ni
.daun daun yang semua sudah gugur.Sesiapa yang datang lebih awal pertengahan october mesti view kat atas ni  lebih lawa dengan daun yang berwarna warni.Yang aku dapat tengok cuma ranting sajok.
agaknya tu jalan yang aku lalu tadi

anak anak tangga waktu turun ok waktu naik boleh tahan penat .Tapi ramai je yang pose pose sendu atas tangga ni
Sempat lepak kat bawah ni kejap,tapi sangat atuk atuk sedang duduk,nak feeling over pun tak boleh
Ni waktu tunggu cable car
Cable car makin hampir ke bawah

Bila dah sampai bawah tu aku jalan jalan kejap ngan kakak tu kat bawah.

 Makcik ni baru draw
Makcik ni dah siap warna dah

Kat bawah bawah pokok ni ramai jugak pakcik makcik yang duduk melukis,tapi lukisan mereka takde la wow mana,lebih kurang yang makcik makcik tu lukis je,Aku rasa diorang ni just isi masa lapang je kot.Bagus la khennn dah tua tua ni rehat rehat je la dari buat benda tak pekdah.Tak macam makcik makcik kat Malaysia tua tua anak anak durhaka suruh jaga anak diorang pulek,anti gila aku dengan orang macam ni.

Habis pusing kat bawah ni aku ikut kak Mas pergi ambik beg dia.Sebelum tu dia bagi aku roti.Aku dengan dia berpisah kat situ.Kak Mas nak pergi Busan katanya ada kawan dia kat sana.Lepas Kak Mas pergi aku sambung merayap lagi.Jam masih awal so ada lagi satu tempat aku nak kena daki

No comments:

Post a Comment

LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...