Tuesday, 14 October 2014

LUAHAN PERASAAN

MOOD RAJIN NAK MENGUTUK

Kegilaan aku dengan instagram membuatkan aku terfikir sesuatu.Dulu aku pernah berkerja di sebuat butik di KL.Owner orang Melayu.Masa tu aku baru habis belajar saja nak cari pengalaman aku try la.Kerja kat situ banyak aku timba pengalaman pasal textile industries.So sape sape nak kelentong aku pasal types of kain sorry la.

Masa kerja kat situ aku jumpa so many people dari orang biasa sampai la VVIP dalam dan luar negera.Aku belajar erti sabar layan kerenah manusia.Biasa la slogan "CUSTOMER ALWAYS RIGHT".Sampai satu masa aku resign sebab aku dapat kerja baru.Thank bos sebab bagi aku peluang dan bagi aku pengalaman.

Beberapa waktu aku aku selalu follow up juga dengan kawan kawan yang masih kerja kat sana.Kawan kawan aku cakap sales agak merosot.Kekadang aku terfikir kenapa jualan merosot adakah sebagai seorang Bos dia tidak melunaskan tanggungjawabnya kepada pekerjanya.Kadangkala aku terfikir bila tuhan nak tarik rezeki semua bersebab.

Masa aku kerja kat butik ni ada beberapa perkara yang aku tak suka terutama hak sebagai pekerja.Hak pekerja selalu diketepikan.Selalu buat meeting tapi hasilnya sampah.Sedangkan pekerja la yang bersusah payah .Bila dah jadi bos jangan berkira sangat dengan staff.Jaga kebajikan staff itu penting dalam sesebuah organisasi.


Apapun tunggu aku jadi taukeh dan aku harap aku akan jadi taukeh yang ingati.

#MENUNGTEPIKATIL




2 comments:

  1. itu namanya bos hanya nak kaut untung huhuh...tiba2 lak JM EMO!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha lain orang lain perangai.Sebab tu business dia kurang maju sekarang hahahahaha.

      Delete