Sunday, 8 February 2015

JAPAN TRIP - KYOTO - GION

Dari Inari aku patah balik ke Kyoto station.Aku nak pergi Gion,nak tengok mak hayam @ GEISHA katanya.

Dari Kyoto Station aku naik bus ke GION

Memula ingat nak bayar single ticket je naik bus.Tapi harga lebih kurang je kalau beli 1 - day Pass.So aku decide beli je pass 500yen -----------KYOTO CITY BUS

Dah beli pass mari beratur beramai ramai.Bus datang ramai je yang serbu.Semua nak gi tengok mak hayam kahh?

Dalam 15minit je dah sampai Gion.Sampai je lepak lepak dulu tepi tepi kedai.Ramai pulak yang fefeling nak jadi anak hayam.Cantik cantik diorang ni.Sibuk la diorang duk selfie aku tengok.Tapi ni bukan ori anak ayam.

Time aku datang ni mak hayam maybe belum keluar lagi.Sibuk duk make up lagi agaknya.Orang cakap kalau kita dapat jumpa Geisha ni kita adalah orang yang bertuah

Nak snap pic pun dah malas.Nafsu lapar menguasai jiwa dah time ni.Makanya kat gion aku memang kekurangan pic.

Tempai paling femes nak tengok Geisha ni Hanamikoji


aku berpeleseran kawasan ni dalam 1 jam je.Nak tunggu mak hayam lelama memang tak la.Kalau nak beli souvenir banyak jugak yang murah murah aku tengok kat sini.Tapi aku tak beli pun.

Hari dah gelap waktu aku nak blah dari Gion.Tapi manusia ramai yang berpusu pusu mengejar mak hayam.

Sampai je Kyoto station aku pergi ambik beg kat hostel.Ulang alik macam ni serius penat.Pening pening lalat kejap rasanya.

PIC ADALAH BERGEGAR
Dari kyoto station aku amik JR train ke Osaka.Aku book J-Hoppers jugak kat osaka.

Sampai je Hostel aku terus masak nasi.Memang tak bermaya nak pikul beg naik atas.Lepas makan nasi baru la tenaga ada balik.Angkat beg naik bilik pastu aku terus tidur dengan tak mandi.

4 comments:

  1. Tidur tak mandi tu paling best. Memang selalu kot aku pon x mandi time kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wei kena mandi tau kan melekat hantu JU ON tu how ?

      Delete
  2. GIESHA sombong..waktu kami pegi, bila keluar je daru rumah2 tu jalan mcm riubt..tak nk kasi chance tourist ambil gambar..so siapa yg dapat tangkap gambar Giesha tu mmg betul2 bertuah lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM nampak jugak Geisha tu walau dia lari macam ribut,CC langsung tak nampak.Takpe next trip CC nak gi minum teh dengan terfemes kat GION apa ntah nama dia

      Delete