Friday, 6 February 2015

JAPAN TRIP2014 - KYOTO - FUSHIMI INARI

Dari Arashiyama aku naik train patah balik ke kyoto station.

Dari kyoto station aku naik train ke Inari.Tapi aku tersilap naik train.Padahal kalau ikut apa yang aku baca Inari station tak jauh dari Kyoto station dalam 5 minit je.

Sekali aku turun je dari train dekat station apa ntah.Termanggu kejap.Tapi nasib ada sorang makcik tegur aku maybe dia tengok aku macam bengong kejap.Aku tunjuk pic Tori gate yang banyak tu,Makcik tu suruh aku ikut dia je naik train.

Aku angguk angguk je.Nak cakap lebih lebih nanti tak faham.

Dalan 10 minit train datang makcik tu siap pegang tangan aku suruh ikut dia.Aku terlajak dalam 3 station je rupanya.

Masa nak sampai Inari station bersungguh makcik tu bagi tahu aku lagi 1 station nak sampai.Aku senyum je pastu angguk angguk.Tu je aku mampu buat.

Sampai je Inari station dia suruh aku turun lepas tu aku ucap terima kasih.

Keluar je dari station Inari dah boleh nampak Tori gate besar sambut ketibaan pengunjung dari serata dunia.Sebelum teruskan activity senaman kaki aku lepak lepak kejap.Usha usha orang dulu,layan perasaan dulu minum minum dulu.


Fushimi Inari Shrine is located just outside JR Inari Station, the second station from Kyoto Station along the JR Nara Line (5 minutes, 140 yen one way from Kyoto Station, not served by rapid trains). The shrine can also be reached in a short walk from Fushimi Inari Station along the Keihan Main Line.
TORI PERTAMA
TAK RAMAI ORANG SEBAB DAH PETANG
TEMPAT MINUM AIR SUCI KATANYA

LAMPU

Jalan jalan nampak pulak Map.Boleh tahan jugak kalau nak menuju ke puncak.Tengok keadaan kalau aku daya aku pergi puncak kalau tak separuh jalan saja.

MAP - NAMPAK TORI GATE YANG BEBANYAK TU
MAKCIK TU MELUKIS
REMAJA TULIS HAJAT
MENUJU KE  TORI GATE
BELUM JUMPA TORI GATE YANG BANYAK 

Aku rasa nak jumpa Tori Gate yang banyak tu boleh tahan nak kena menapak.Dengan kudrat yang tinggal so so je.Tengah jalan jalan tu tetiba telinga aku dengar orang cakap melayu.Rupanya ada 2 orang pempuan kat 1 gerai tengok pilih pilih barang.Cepat cepat aku jalan malas nanti kalau tetiba dia nampak aku ke mesti nak kena beramas mesra pulak.Jalan sikit lagi akhirnya dah nampak Tori yang di war warkan yang berwarna Oren menyerlah sungguh.

INI DIA

Punya la susuah aku nak snap pic waktu takde orang.Puas aku tercegat macam patung cendana manusia kejap kejap lalu.Nak je aku tahan diorang suruh stop dulu sebab aku nak snap pic.

MANUSIA TAK HENTI HENTI LALU LALANG

Penat sangat waktu bila menapak waktu ni.Aku jalan kejap pastu henti kejap.Lepas tu ada sorang amoi minta aku snap pic untuk dia.

Aku jalan lagi.tapi tetiba macam malas nak jalan jauh jauh.Kaki dah penat.Baik aku patah balik je.Naik naik lagi tinggi kan pensang aku kat atas sana how ?

Takpelah tak tengok sampai puncak dan besar mana tori gate yang kat atas tu.Sekurang kurangnya aku dah tengok apa yang aku nak tengok.Sebab pada aku tori gate ni sama je bentuk kalau aku pergi yang kat puncat sekalipun.
PATAH BALIK SEBAB MALAS PERGI LAGI JAUH
PEREMPUAN SEDANG MELUKIS

SEMBAH JANGAN TAK SEMBAH

TETIBA ADA RAMAI ORANG
KEDAI KEDAI JUAL MACAM MACAM 
KEDAI MAKAN JUGA ADA 

Dalam aku nak elak dengan pempuan 2 orang tu,akhirnya jumpa jugak dengan diorang sebab diorang yang tegur aku.Borak borak kejap.Apa nama diorang aku lupa.Diorang nak ke Nara lepas ni.

Puas aku usha kawasan deretan kedai,aku terus ke Inari station.

4 comments:

  1. mmg susah nk ambil gambar di laluan Tori Gate berderet2 tu sbb JM alami situasi yg sama

    ReplyDelete
  2. Yg pasti bkn kami yg tegur ko....hahahha
    Inari bg aku berbaloi gi sbb unik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha nak elak akhirnya jumpa jugak,tu namanya jodoh pertemuan.Dulu aku cakap kat kawan aku kalau kita jumpa lelaki yang sama sebanyak 3 kali dalam masa 1 hari makanya kita akan ada jodoh dengan lelaki tu.

      Inari tu mmg unik dan cantik.Tapi mood aku tak berapa nak cantik waktu tu.Nak feling lebih memang tak daya dah

      Delete