Thursday, 31 December 2015

PENUTUP 2015


Hampir semua orang orang dah post entry penutup untuk tahun 2015.Bukan setakat blog je semua medium social media penuh dengan imbasan.Setiap orang punya imbasan masing masing.Ada yang happy ending ada yang tertangguh dan ada yang berduka.

Keseluruhan cerita hidup aku untuk 2015 ada yang best dan ada yang tak best.Aku tak letak target yang terlalu tinggi untuk tahun 2015.Tapi syukur aku dapat apa yang aku nak.Aku dapat buat apa yang aku nak buat.

Untuk tahun 2016 aku harap lebih cemerlang berbanding 2015.Azam untuk tahun 2016 memang tak ada.

Aktivity berjalan untuk tahun 2015 tak meriah mana.Ada 2 trip aku terpaksa cancel.Berduka jugak la sekejap.Tapi Allah lebih tahu perkara yang  aku tak tahu.

Untuk tahun 2016 jadual travel belum ditetapkan lagi.Tapi nampak ada 1 trip yang aku kena tunda ke waktu lain untuk awal tahun 2016.Suku pertama 2016 aku kena spend banyak masa dengan family aku.

Apa pun kisah untuk tahun ini aku masih bersyukur aku mampu hadap dengan sebaik mungkin.

Selamat pergi 2015 & Selamat datang 2016

GAMBAR AMBIK KAT GOOGLE


2 comments:

  1. Selamat menyambut tahun baru esok CC..ye semoga tahun 2016 lebih baik dari tahun 2015

    ReplyDelete