Tuesday, 17 March 2015

PINOY - BORACAY 2015 - PART 2 (HOSTEL)

Hostel - MNL

Aku orang last budak  southwest hantar.Aku try nasib kat hostel ni.Hostel ni terletak dekat dengan bulabog beach.Kalau nak ke D'mall jalan kaki 5 minit je.

SELAMAT DATANG
Sampai je aku terus tanya budak jaga konter.Aku prefer dorm saja.Tapi bila aku tanya pempuan yang jaga konter tu dia cakapa dorm penuh untuk malam tu,yang ada cuma bilik bilik double private.Aku macam malas nak gi menapak cari hostel lain,badan pun letih turun naik segala jenis pengangutan,aku ambik saja.Harga takde mahal mana.

Aku siap booking terus untuk 1 malam dorm esoknya.Lepas buat full payment terus dia bagi kunci.

REFER SINI -------------> MNL - BORACAY 

Tapi esoknya aku decide nak stay je sini 3 malam terus.Malas nak tukar tukar hostel lain.Aku just extend 1 malam lagi untuk dorm.Aku rasa semua yang aku nak ada berdekatan dengan hostel ni,so buat apa aku nak cari hostel lain lagi.Lagi pun dari sini aku boleh je nampaik laut.

Dekat MNL ni ada dapur juga kalau nak masak.Sebab malam tu pergi ambil air aku nampak minah salleh tengah masak masak.Tapi aku tak masak pun.

Pada aku hostel ni ok ok je.Cukup semua dan bersih aku ok saja.Harga pun tak mahal mana.Lagi pun aku datang sorang takde benda aku nak demand lebih lebih.Kalau datang bawak family ke honeymoon ke haruslah booking yang over sikit.

Harga bilik 2100peso/night 

Harga Dorm 750/night

INI BILIK - BERSIH
ADA TV - CERITA PINOY SAJO - AKU LAYAN CERITA PINOY KEJAP 
ADA KIPAS N AIRCOND - TAPI AIRCOND SENDU SIKIT
TIDUR MALAM KU DITEMANI ANJING KAT DINDING - JADIKAN MALAM LEBIH INDAH TIDAK SESUAI DINYANYIKAN - PATUTNYA LUKIS MURAL PEMPUAN PAKAI BIKINI BARU SESUAI KONSEP
Aku masa usha hostel ni aku tengok gitu gitu je.Aku pun tak tahu hostel ni ada sedia breakfast.Rezeki jugak tu aku tak payah cari makanan lain dan keluar duit beli breakfast.Feeling ada macam ada jual nasi lemak kat Boracay.Masa sarapan pekerja MNLakan tanya ko bilik mana.Macam aku duduk dorm dia tanya dorm no dan katil no berapa.

"Breakfast adalah makanan yang sama setiap pagi"

Tapi yang paling hazab sikit internet sangat slow.Wifi kat hostel ni so so sajo.Hidup segan mati tak mahu kata orang.Aku memang tak boleh nak contact ngan dunia luar sepanjang kat sana.Aku pun tak tahu kenapa.Nak kata phone aku ada problem mungkin tak.Aku nak hantar email kat kawan aku pun tak dapat.Bukak FB pun macam haram.Tapi aku tengok orang lain online ok je dan aku terpaksa akur yang phone aku memang ada masalah.

Aku tak boleh nak up lebih lebih pasal hostel ni.Tapi yang pastu aku selesa je.Aku pun bukan duduk dalam bilik 24 jam.

BREAKFAST
SEBIJI SEORANG - TELUR ADA JUGA SEDIA
FAVOR AKU NI - KOPI KOSONG & ROTI 
MURAL
LALUAN KE BULABOG BEACH
BREAKFAST SECARA BERJEMAAH - MASA NI BOLEH BERAMAS MESRA - TAPI AKU MAKAN SESORANG SEBAB AKU SIBUK BACA BUKU SAMBIL MAKAN
Female Dorm

Dorm aku aku tidur untuk 2 malam ni kira ok.cuma ada 1 kipas dan 1 aircond.Katil aku tingkat atas no 5 so kipas dengan aircond aku tak rasa.Kalau yang dapat katil tengah baru ok.Aku sebenarnya nak tukar katil nak duduk katil bawah tapi penuh.

Nak panjat katil atas tu macam sakit sikit.Aku rasa pemegang nak naik katil atas tu kurang sesuai.Aku lupa nak snap pic.Habis sakit tangan aku terutama jari jemari yang mulus ini.

Duduk Dorm ni bagus jugak sebab boleh meramas mesra dengan traveler dari negara lain.Aku sempat sembang dengan diorang.Mereka semua memang datang secara solo.3 hari kat sana aku selalu berbual dengan pempuan dari korea ngan jerman.Pempuan mat salleh tu sibuk duk merembes dengan mamat mat salleh yang ada kat hostel tu.

Cuma ada sekali masa tu nak solat maghrib,aku solat dekat beranda luar bilik sebab aku takut diaorng masuk masa aku tengah solat.Mengenangkan ruang yang tak berapa nak ada dalam bilikKebetulan ada pempuan mat salleh tu dalam bilik tengah siap siap,Aku bagi tahu dia kalau ada orang masuk jangan bagi diaorang keluar beranda sebab aku nak solat.

Pempuan tu ingat aku ni christian.Aku cakap aku muslim.Baru dia faham.

FEMALE DORM - PEMEGANG NAMPAK KECIK JE
TAKDE BIKINI TERGANTUNG SEBAB SEMUA BIKINI SEDANG DIJEMUR
KATIL AKU 
ROOF TOP - BOLEH NAMPAK LAUT
MALAM MALAM RAMAI YANG LEPAK SINI
PAGI
TEPI TEPI HOSTEL VIEW KURANG MENARIK SEBAB ADA SAMPAH 
PINTU UTAMA KE  MNL - TAKDE BENDERA MALAYSIA - AKU NAK LETAK GAMBAR ........?
AKU TAK SELFIE PUN
ADA IG SILA # HOKEH
EX-PARA TETAMU 
Itu saja aku boleh sembang pasal MNL.Sape nak try boleh tak nak pun boleh.Sebab boracay ada banyak pilihan hostel n hostel.

Tepuk lutut tanya kemaluan ! 

Sekian

6 comments:

  1. sibuk baca buku sambil makan ? buku cerita?

    Tepuk lutut tanya kemaluan ! ? ini salah tulis ke sengaja ahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. cc suka baca buku sambil makan.habit kot.Buku fixi

      Bukan salah tulis tapi mmg senjaga tulus.Kalau tepuk lutut tetiba rasa nak berak maknanya hostel tu sesuai dgn kita hahahahahah

      Delete
    2. try dulu JM kalau jadi maknanya pertua ni boleh pakai

      Delete
  2. Salah satu sbb aku mmg reject duk dorm...kalau dpt yg katil bawah okay....kalau atas mmg hazabblaa....sengsara nak naik turun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe.Tapi aku tetap nak salahkan pemegang kat katil tu yang buat tangan aku sakit.

      Delete