Wednesday, 11 March 2015

PINOY - BORACAY 2015

INTRO

LAYAN SELFIE DULU
Pada 1 hari yang tak berapa nak indah,aku beli tiket AA.

Aku saja usha usha web AA tapi ntah macam mana hati terpaut nak beli tiket ke Kalibo.Harga tiket tak murah mana.Lepas balik dari Jepun memang aku bz.Banyak hal di ofis dan urusan urusan keduniaan yang lain.

Aku beli tiket ke Kalibo hujung bulan dec macam tu.Lepas tu aku tak buat apa pun.Tak ambik tahu pasal kalibo dan tak buat prepare apa pun.Aku macam berbelah bagi nak pergi sebenarnya.

Seminggu sebelum pergi tu aku usha hotel dengan transport tapi feeling usha tu lebih pada tak nak pergi.Tapi aku booking transport je.Aku booking dengan Southwest.---------------->southwest

Aku booking door to door termasuk segala bagai fees termasuk sekali dalam booking tu.

Dalam aku tak nak pergi duit aku memang dah tukar.Malam tu aku kemas kain baju,bawak ala kadar je.Nanti pandai pandai cari apa yang patut dekat sana.Malam tu jugak call mak aku bagi tau aku nak pergi merayap lagi,mak aku dah risau bagai.Memula macam tak nak bagi tahu,tapi nantikan dia cari aku ke susah pulak.

Tapi demi keriangan untuk diri sendiri aku pergi untuk hiburkan hati.Sebenarnya aku dah check calendar yang aku macam tak boleh nak cuti  masuk bulan march & april sebab bakal bz dengan kerja.So aku kena pergi merayap juga bulan feb.

Sebelum tu aku sempat print wikitravel boracay.

WIKITRAVEL BORACAY

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

02/02/2015(isnin)

Pagi tu aku pergi airport dalam jam 8 pagi.Flight jam 10.45.Aku takde benda nak kejar  sebab aku dah check-in siap siap.Jangan lupa check in pergi balik sebab nanti bila dah sampai airport Kalibo diorang nak tengok kita punya boarding pass untuk balik.

Sampai airport terus aku masuk international departure,malas nak merayap lagi.Pagi yang sepatutnya indah itu jadi tak berapa nak indah sebab ada benda yang menyakitkan hati  terjadi,macam biasa cepat saja aku naik marah.Serba tak kena pagi tu.

Dalam nak marah marah tu aku dah ada dalam perut kapal terbang.

Sebelah aku ada couple,skit skit romen skit skit romen,neraka sungguh belah kiri aku.Sebelah kanan aku ada geng pempuan melayu.Dalam group diorang ada sorang perempuan free hair pastu pakai singlet je.

Hello akak oiiiii nak pakai singlet tu sila cukur bulu ketiak hokey.Tak suka betul kalau pempuan selekah macam tu.

Penerbangan ambik masa lebih kurang 3 jam 45 minit.Dalam flg aku sempat baca baca wikitravel yang aku print.Tepat jam 2.45 petang kapal selamat mendarat di Kalibo Airport.Urusan Imeg takde masalah.Dia tak tengok pun tiket balik aku.


Airport Kalibo kecik dan kodi sangat.Tapi keliling airport adalah sawah padi.Kagum kejap disitu.

Keluar dari airport terus aku macam blur blur kejap.Aku cari cari southwest punya orang.Aku cuma nampak bus southwest tapi khemah southwest aku tak nampak.Tapi ada sorang mamat tegur aku tanya aku

Southwest ?

aku pun angguk dia suruh aku ikut dia,rupanya khemah southwest dah terlindung dengan orang ramai.Orang yang ramai ramai ni semuanya offer diorang punya transport.So kalau tak booking siap siap transport memang takde masalah sebab transport nak ke Boracay adalah bersepah.

Sampai dekat khemah aku bagi booking detail.Lepas check nama aku semua amoi yang jaga konter tu bagi sticker.Tampal kat mana saja asal senang dilihat.Amoi yang jaga khemah tu tanya aku nak pergi hostel mana,aku kan takde booking hotel apa benda,cuma aku ada review hostel yang ada kat Bulabog beach.So aku cakap je nama hostel tu.

Settle semua urusan ada budak southwest hantar aku pergi naik Van.Dalam van tu ada family pinoy dan couple melayu.Cukup semua van pun jalan.Perjalanan dari kalibo airpoart ke jetty caticlan ambik masa dalam 2 jam.Sepanjang jalan boleh lihat kehidupan masyarakat disini.
AKU NAIK NI - ADA YANG NAIK BUS
SELAGI ADA RUANG 
Hampir 1jam perjalanan van berhenti dekat Ibajay.Masa ni sape nak kecing ke apa ke silalah.

Aku turun jugak tapi usha usha kawasan situ saja.Perkampungan kat sini tak juah beza pun dengan kampung aku.Usha lebih kurang aku masuk dalam van balik.Masa aku masuk baru kakak yang dalam van tu borak dengan aku.

SAPA NAK BERAK KENCING DIPERSILAKAN TIME - SEBAB LEPAS NI TAKDE STOP LAGI
Sepanjang perjalanana nak sampai ke Jetty Caticlan tu,aku tengok budak budak kat sini suka main bola keranjang.Paling tak boleh blah beberapa kali nampak orang panggang babi.

Hampir hampir nak sampai jetty boleh nampak laut dengan ombak yang kuat.Dalam kepala aku fikir benda yang tak best saja.Dengan cuaca yang mendung.Doa doa janganlah hujan.Pergi pulau campur hujan adalah tak best.

Jauh jauh aku datang kalau cuaca tak baik adalah sangat menyakitkan hati.

Tapi syukur mendung tak lama mana pun.Sampai caticlan jetty cuaca cerah kembali.Sampai pun dah petang.Sampai je ada orang southwest dah tunggu.Nanti dia ada bagi 2 keping kertas.Itu adalah fee yang mesti dibayar.Tapi transport yang aku booking tu  dah termasuk dengan semua fees so tak payah nak bayar lagi.

JETTY
BOLEH TAHAN CANTIK - ADA RASA NAK TERJUN KE ? SILA PAKAI BIKINI DULU BARU TERJUN
Jetty Caticlan tak besar mana pun.Dalam jetty tu ada konter infomation.Aku pergi mintak map.Tapi kena register dulu baru dia bagi map.

Dalam 15 minit tunggu semua semua yang guna services southwest boleh naik ferry.Dalam ferry tak ramai orang.Perjalanan ambik masa 10 minit.Tak jauh mana pun.

MENUJU FERRY
ATAS FERRY
DALAM FERRY
BORACAY JETTY
ANGIN AGAK KUAT TIME NI
MATAHARI
Sampai Boracay kena naik van pula,sebab services adalah door to door.Budak south west tanya aku hostel mana.Dari jetty ke Hostel dalam 10 minit saja.Sekali lagi aku naik van dengan family pinoy.Couple tu pergi van lain.

Sepanjang jalan nak ke hostel boleh nampak kemeriahan pulau boracay.Yang pastu aku boleh agak yang Boracay adalah Happening.

AKU NAIK NI

Aku tawakal saja harap dapat bilik 

11 comments:

  1. Lawooooooo nya air laut dia. Travel solo ke cik cerita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. air memang lawo.Yup pergi sorang sorang

      Delete
    2. salute lah...CC suka travel Solo..sis JM belum mampu rasanya..tapi bila baca trip ni rasa nk try :-)

      Delete
    3. mcm best je intro.. jeles cik leh p travel sorg2.. sye x ckup brni nk p travel sorg2.. dlm msia ok lagi...

      Delete
    4. JM - travel berkawanan lagi best sebenarnya.Time susah kawan ada.Travel sorang ni hati kena sado.Cc ni tak jumpa lagi kawan travel yang boleh cc ngam.Yang hado cuma jenis kuat merembes malas la cc nak ajak.

      Xiexie - Lagi best kalau ko pergi rasa sendiri.Pergi booking tiket sekarang ada tiket murah kalau tak silap aku.Sampai 1 masa ko mesti berani.

      Delete
    5. Hye Cik Cerita! Salam kenal dari Cik Nun.hehehe

      Waaa..best nya ke boracay!!laut tu buat tak tahan nak terjun

      Delete
    6. salam kenal untuk cik nun jugak.Nanti cik nun jangan lupa pergi sini.Boleh mandi sampai puas

      Delete
  2. benda apa yang menyakitkan hati pagi2 tu CC?

    mesti bulu ketiak dia tu panjang terjulur itu sbb nampak jelas..ahahaah...aduh lah

    nampaknya blog ni salah satu blog utk di refer

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah nergaduh dengan orang JM

      Memang panjang dan agak banyak ahahahhaahah

      Delete
  3. Salam cc..boleh tak bagi persamaan duit dia org dgn duit kita .maksud nye mcm kita rm10 duit dia berapa..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi azlin cuba refer sini http://ms.coinmill.com/ cc pun refer sini.

      Delete