Wednesday, 18 March 2015

PINOY - BORACAY 2015 - PART 3 (MAKAN/SHOPPING/PENGANGKUTAN)


Makan/Shopping/Pengangkutan

Malam pertama kat boracay aku ada keluar kejap usha apa yang patut.Malam ke siang ke aku rasa sama meriah je boracay ni.Aku sempat pergi d'mall usha apa yang patut.

Cuma aku tak tahu yang dari d'mall ni boleh terus ke white beach,sebab aku tak study lagi map boracay.Dapat map masa kat jetty petang tadi aku terus masuk map dalam beg.

Makan

Aku usha separuh jalan je.Masuk supermarket beli air.Aku usha barang makanan kering,banyak jugak yang boleh dibeli dan makan,tapi aku tak beli pun sebab rasanya tak perlu lagi.

Berdekatan D'mall ni ada MC'D juga.Aku makan McD sebab aku tanya budak kerja situ dioarng tak jual burge pork tapi ada burger daging lembu.So aku yakin sikit nak makan.Aku makan Burger filet je.

Mcd dekat boracay ada 2,lagi 1 dekat white beach.Tapi aku lupa berdekatan apa.Tapi mcd tu terletak bahagian bawah.

Mcd kat sini takde sos cili,cuma ada sos tomato saja.So makan adalah kurang menyelerakan.Jadi next time boleh bawak sendiri sos cili.Kalau tapau mcd tu mintak banyak banyak sos cili nanti boleh bawak masa travel.Tapi aku rasa mcd sini macam mahal sikit.

2 hari kat sana,aku sempat pergi d'mall n d'talipapa.2 tempat ni kira tempat paling ternama kalau nak shopping bagai.Jarak antara 2 tempat ni takde jauh mana.Cuma d'talipapa tu ada 2 tempat.Ada yang memula aku pergi lot lot kedai kurang tersusun sikit.Tapi kedai banyak jugak barang pun murah.

D'talipapa yang ternama tu jauh sikit je dari d'talipapa yang kecik tu.D'talipapa yang besar siap ada pasar basah dan kedudukan kedai lebih tersusuh dan pilihan lebih banyak.

Kalau yang datang group tu boleh beli seafood dan suruh restoran yang ada berdekatan pasah basah tu masak.Aku tak tahu charge berapa,tapi seasood aku tengok harga boleh tahan la.Aku sesorang macam membazir je nak beli.Makan saja apa yang ada.

Shopping

Masa kat D'talipapa aku sempat shopping FM,seketul 50peso lebih kurang rm4.50, kalau dekat D'mall dioarng jual 100peso seketul.Aku mintak kurang pun bagi 80 peso sajo.Mungkin D'mall ni tempatnya ada class sikit tu sebab mahal agaknya.

Tapi kalau nak beli T-shirt yang kain elok sikit aku beli dekat D'mall.Ada beberapa kedai yang jual t-shirt yang kualiti bagus berbanding beli dekat D'talipapa.Tapi harga mahal sikit sebab design pun cantik cantik.Bikini pun cantik cantik boleh beli sepasang dua buat kenangan.Kalau lupa bawak bikini boleh boleh kat sini.

Peniaga peniaga dekat D'talipapa ramai juga yang beragama islam.Masa dekat D'talipapa yang kecik aku jumpa ada 1 warong yang ada tulis halal.

Pendek kata bab makan dan shopping ni memang mudah dekat boracay.2 hari aku kat sana rasanya bab makan takde masalah.Dekat white beach sana ada banyak lagi restoran yang boleh di usha.Antara nak dengan tak saja.

Tepuk dada tanya perut

Pengangkutan n Lain lain

Kemudahan kemudahan lain pun banyak dekat boracay.Ada hospital,bank,immigration kiranya yang asas tu cukup.Pengangkutan pun mudah dan banyakTapi pengangkutan yang ternama haruslah tricycle.

Paling aku suka bila tengok orang pinoy naik tricycle ramai ramai,macam sardin aku tengok dalam tricycle tu.Selagi boleh muat diorang sumbat.

Tapi masa kat sana aku takde naik pun tricycle ni sebab aku jalan kaki.Masa lebih banyak dekat area beach.So tak terasa sangat kalau kalau jalan jauh.


Kesimpulannya rajin rajin usha blog orang yang pernah datang Boracay dan baca wikitravel

D'MALL WAKTU PAGI
KEDAI BANYAK YANG BELUM BUKA
BANK
TRICYCLE 
TAK PERLU BERGAYA SAKAN BEGINI - CUKUP BIKINI SAJA
CLIP RAMBUT
BOLEH MAIN NI 
KEDAI NI CANTIK TAPI BAPAK MAHAL BARANG
D'TALIPAPA - SELAMAT DATANG
KEDAI MAKAN - BAWAK SEAFOOD SURUH DIORANG MASAK - BAYAR UPAH MASAK SAJO 
SEMUA PAKAI TIMBANG KATI
PILIH PILIH NAK MAKAN APA
RAMAI AKU TENGOK ORANG BELI - BOLEH TAWAR MENAWAR
AKU TAK TAHU INI APA
HARGA  TRICYCLE AKU SNAP DARI HOSTEL

2 comments:

  1. yezza..kalau ter 'ke sana' nk bawak cili sos..mana leh telan kalau x pedan kan..x puas..mahal? biasalah tu..kalau itu je tempat yg boleh mkn..pejam mata je lah kan

    alamak...perlu pergi dalam group baru best mkn seafood tu..ye betul kalau dorang membazir..x habis mkn nanti kan

    tengok are d'talipapa tu...nampak 'kusam' je kan...kalau ada sale nk try buat trip solo then follow itie CC nih :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin MCd tu baru tu yangtak sedia sos cili tapi akan datang tahu lagi.Tapi bawak sajo lah.

      D'talipapa tu mmg nampak kusam je dari situ.Tapi dah masuk situ baru boleh nampak lot lot kedai.CC lupa nak snap pic

      Delete