Thursday, 26 March 2015

WEEKEND

Hujung minggu lepas aku baru saja face 1 masalah yang aku tak pernah buat. Demi masalah ini maka aku terpaksa batalkan semua aktiviti dihujung minggu.

Nak di jadikan cerita pada hari sabtu paip dalam toilet rosak.Makanya air keluar dari mangkuk tandas tanpa henti diikuti bunyi bising yang sangat menyakitkan hati.Nak tutup main paip kawan aku semua sibuk nak mandi apa semua so aku biar je air tu mengalir.Dalam kepala fikir mesti bil air melambung bulan ni.Rumah aku tu air under management so air memang sangat mahal.Tapi takpe mahal pun perkhidmatannya bagus.

Memang sangat stress duduk rumah 1 hari dengan bunyi bising dalam bilik air.So aku try usha usha plumber.Kalau nak baiki sendiri malas pulak nak ketuk dinding sendiri lepas tu kena pergi kedai hardware cari barang lagi.

So aku decide nak cari plumber saja.Aku google plumber area rumah aku sebanyak mungkin.Tapi aku dah agak plumber mesti charge mahal punya.

Hari sabtu tu berlalu begitu saja tanpa apa apa tindakan.Malam tu memang aku tak boleh tidur sebab bunyi bising.

Esoknya aku bangung awal.Aku call semua plumber yang aku dah usha.Aku call dalam 8 orang plumber mintak diorang bagi aku quotation.

Quotation tu mereka bagi bila aku send gambar paip yang rosak.Ada 3 kerosakan.2 stopcock dalam bilik air memang tak boleh tutup dan tiub pada toilet pump rosak.

Semua plumber yang aku call berduyung bagi quotation.Harga dari 500 ke 300

Tapi ada juga yang tak boleh buat kerja hari ahad.Ada jugak plumber yang tanya aku boleh ke buat kerja kat umah tinggi tanpa permisi management.

Management rumah  aku tu siut sikit semua ikut peraturan.Keluar masuk hari hari pun kena tunjuk pas.Nak pindah pun kena request ngan management kalau nak angkut barang.Kalau tak jangan harap guard kat situ nak bagi masuk.

Dalam ramai ramai tu ada sorang plumber ni dia cakap boleh datang terus dan harga yang dia bagi 320.Lepas bincang ngan budak rumah aku semua diorang setuju.

Datang la plumber tu 2 orang seperti yang dijanjikan.Tapi plumber tu lewat 1 jam.Biasa ar tu janji Melayu.Mana nak tepat

Dia datang pastu tengok tengok ketuk ketuk bukak stopcock yang rosak pastu pergi cari barang.Hampir 2 jam pergi cari barang pastu baru datang balik.Diorang pergi makan dulu rupanya.

Lepas tu baru diaorang buat kerja.Aku rasa sekejap je diaorang buat lepas tu dah siap.

Harga yang diaorng bagi kat aku RM280.00 selepas aku nego nego.

Nak kata murah pun tak nak kata mahal pun tak.Tapi ok la dari yang nak charge sampai 500 tu.

Lepas tu baru la rasa lega sikit.

Sekian


*GAS HABIS MASA AKU NAK MASAK MALAM TU STREEESSSSSSS SEBAB KEDAI DAH TUTUP





4 comments:

  1. susah nya kalau mcm tu...sgt cerewet punya management..

    boleh pulak dah beli barang pegi singgah mkn dulu..auss..itulah org melayu

    habis! mlm tu mkn luar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang rasa nak murah jugak dengan management macam tu.Malam tu pergi makan kat luar.

      Delete
  2. Tak claim dgn owner ker? Selalu mende2 mcm ni owner kena byr...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum claim lagi.Tapi memang owner yang kena bayar pun.Sebab masa tu nak cepat so urus sendiri dulu.

      Delete