Wednesday, 26 November 2014

Autumn Trip Japan 2014 - Takayama - Old Private Village

OLD PRIVATE VILLAGE - TAKAYAMA


Balik dari Shirakawago aku ke private old village.

Aku memang obses dengan rumah rumah tradiosional jepun.

Dari JR Takayama station jalan balik ke J-HOPPERS HOTEL dan jalan terus sampai jumpa OLD PRIVATE HOUSE. ----->  (10 MINIT JALAN KAKI)

Takayama's old town has been beautifully preserved with many buildings and whole streets of houses dating from the Edo Period (1600-1868), when the city thrived as a wealthy town of merchants.(copy paste Japan Guide)

sampai sana dah ramai pengunjung.Aku apa lagi gembira sebab tengok ramai orang.

TAKDE OLD SANGAT PUN KE OLD ???
Misi melihat rumah rumah lama aku pun berjalan.Rata rata yang datang sini semua pose pose sendu depan rumah.
AKU SUKA NI.ADA JUAL KAT MALAYSIA KE ? KE KENA TEMPAH ???

Kat sini banyak kedai kedai yang jual barangan kraftangan.Kedai makan pun banyak.Tapi non-halal.

CENDERAHATI

Aku macam biasa akan tilik menilik seni bina rumah rumah yang terdapat kat sini.Memang jatuh hati tengok rumah rumah lama macam ni.

BERSIH DAN CANTIK
Puas tilik tilik aku masuk kedai sourvenir yang ada,saja suka usha usha belinya tak.

Old private house ni besar juga kawasannya dan ada beberapa lorong.Aku takde terjah semua lorong pun.Aku tengok mana mana yang patut je.

USHA LAGI - AKU SUKA  JE JALAN JALAN MACAM NI

Jangan lupa pose pose sendu di jambatan merah Takayama !

GLAMOUR NI KATANYA - AKU ADA POSE POSE SENDU KAT SINI

Dalam 2 jam aku spend masa kat old private house ni sebab banyak benda aku nak tengok.

BELI LAH BELI  LAH
dalam jam 3 petang aku decide balik ke nagoya.Tapi ada 1 tempat lagi aku nak pergi tapi memandangkan hari dah nak gelap aku pun batalkan.

see dah 2 tempat aku aku terpaksa bekukan dalam misi ni.Tapi 2 tempat ni takde dalam ite aku pun.

Petang tu aku balik Nagoya dengan hati yang puas ke tak berapa puas ? puas la kot sebab berjaya ikut plan yg aku buat.

Pekan Takayama ni sunyi sikit.Kenderaan pun tak banyak.Yang ramainya pelancong.

Sampai JR Takayama Station aku tengok train ke Nagoya dalam  1/2 jam lagi baru sampai.Station ni tak besar mana pun.Nak ronda pun macam takde apa jadi duduk je dalam station sebab dekat luar sejuk.
LAMANYA TUNGGU CC DATANG JUMPA AKU - SEE SAMPAI BERLUMUT DIA BERDIRI KAT SITU - SKANDAL AKU ZAMAN EDO

train ontime tiba nak bawa aku balik ke Nagoya

bye bye Takayama see u..................................... next year kah???

AKU SUKA LAMPU  TU
MUSEUM - TAPI TUTUP HARI TU
KEDAI
PONDOK TELEFON - KALAU KAT MALAYSIA TINGGAL TIANG JE
NI KEDAI MAKAN - DAUN ORI TU - TAK CAYA PERGI AR SENTUH

4 comments:

  1. Suka tengok old village camnih ... terase mcm dalam citer jepun dulu2

    ReplyDelete
  2. Omaiiii...tak sabooooo nak jejak sini. Kalau dr takayama station tu jauh tak? Ke ada signboard?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jauh pun jalan kaki 10 minit je.Signboard tu aku tak perasan .Jalan jalan nampak ramai orang tu la tempat dia.Boleh ke camtu ?? Tapi tengok map la mesti jumpa.

      Delete