Wednesday, 26 November 2014

NAGOYA KE TOKYO - SHINKASEN PERTAMA

5/11/2014 - Rabu

Bertolak dari Takayama ke Nagoya dapat la aku jamu mata dengan view yang cantik.

Semalam tak dapat tengok sebab gelap.

Puas la jamu mata sebab view sangat sangat cantik sepanjang dalam train nak ke Nagoya.

2 jam lebih macam tu aku sampai nagoya.Sampai aku jalan jalan kat Nagoya station masuk mall yang ada,cuaca sejuk gila time tu

Masa dalam mall tu aku jumpa orang Malaysia.Tapi aku tak senyum pun just dia lalu sebelah aku.Dia pandang aku aku pandang dia.

Dah rasa macam takde apa aku pun balik ke hostel.Lapar tak payah cakap.

BERSIH
Sampai hostel terus aku masuk dapur buat air makan maggie cup.

Habis makan aku lepak dekat hall,tengok tv jap pastu layan phone je la.

ADA PC & BACA BUKU PUN BOLEH
Malam tu rasa seperti di Malaysia sebab most guest yang tinggal kat situ adalah dari Malaysia.

Bising la kami kami ni berborak.Sebab malam tu ada budak budak dari UTM yang check in mereka ni ada buat lawatan kat universiti di Jepun.

BILIK MANDI

Habis sembang semua aku pun mintak diri naik bilik sebab nak kemas barang esok nak check out dah.

HALL

ESOKNYA.............................................................................................................................................

6/11/2014 - Khamis

BANGUNNNNNN

Pagi ni aku kena check out sebab nak ke Tokyo.

Aku bangun awal sebab tak nak buang masa nanti rugi.Tak sabar ni nak naik shinkasen.

Masa aku nak check out sempat jumpa budak budak semalam.

Ada sorang amoi dari korea satu dorm dengan aku siap hantar aku sampai depan pintu lagi.

*LUPA NAK KASI TAU RECEPTIONIST KAT HOSTEL NI HANDSOME OKEY

Berjalan kaki ke Nagoya station untuk ke tokyo

yeayyyyyy naik  bullet train
SHINKASEN PERTAMA

Aku tak buat reservation seat pun.Sampai je Nagoya station aku tanya guide yang jaga kat ticket kaunter naik shinkasen apa.Jangan lupa TUNJUK JR PASS

Masa tu rasa la kaya raya berharta sebab ada JR pass dan sebab naik shinkasen

Dengan baik hati dia pun siap tulis lagi kat kertas,  naik shinkasen apa flat no.berapa dan jam berapa.

Dasar malas nak tengok screen kan.
ADA JUAL JUAL - PRAMUGARI - PRAMUSAJI

Terus aku terharu

Aku pun pergi dengan senang hati.

BYE BYE NAGOYA ............................................................. SEE UUUU AGAIN


SEKIAN ....









2 comments:

  1. betul laaa....org jepun hensem2 kan....ai pun terpesona...wakakakakaka

    ReplyDelete