Friday, 21 November 2014

Autumn Trip Japan 2014 - Shirakawago - Takayama - Japan

Destinasi ke 2 - Shirakawago - 5/11/2014 - Rabu

The Shirakawa-go and neighboring Gokayama regions line the Shogawa River Valley in the remote mountains that span from Gifu to Toyama Prefectures

Declared a UNESCO world heritage site in 1995, they are famous for their traditional gassho-zukuri farmhouses, some of which are more than 250 years old. (AYAT COPY PASTE JAPAN GUIDE)

Macam mana nak ke sini ????

*aku amik tour dengan j-hoppers hotel

*3500 yen - half day morning - 1 orang

refer di -----------> j-hoppers Takayama

senangkan??

Tapi tour yang aku amik ni aku booking 2 minggu sebelum aku ke sana.Sebab sebelum tu aku decide macam  aci main redah sendiri tapi bila nampak macam murah je J hoppers offer aku pun booking tanpa sebarang alasan.

Masa buat booking aku suruh diorang refer booking no. untuk bilik yang aku booking tu,sebab dapat diskaun untuk tour tu kalau tinggal kat j hoppers hostel.


Aku bagi tahu aku buat payment upon arrival sekali dengan bayar bilik N semua settle !


Pagi macam biasa bangun siap siap bekfes aku pun check out pagi tu jugak.

Sejuk sangat pagi tu 2 darjah je suhu.

Pagi aku planning nak ke old private house tapi memandangkan masa tak sempat aku pun terus ke tempat tunggu bas

tempat tunggu bas betul betul depan station JR Takayama

Sebelum tu sempat rayau rayau depan depan situ jugak.Takde apa pun sebab masih awal yang ada budak sekolah nak gi sekolah orang jepun nak gi kerja pastu aku yang nak gi shirakawago ni

Macam takde apa aku pergi ke Nohi bust station tengok tengok kot kot ada apa apa info yang aku boleh dapat.

Aku nak gi 1 tempat sebenarnya.Tempat ni takde dalam list yang aku buat tapi saja macam nak try je kalau ada rezeki sampai kalau takde next trip la jawapnya

Aku intai intai tapi macam malas pulak nak pergi tempat tu memandangkan masa tak berapa nak cukup lepas tu aku pun pergi tunggu bus

Impian nak ke tempat tu aku letak dalam peti beke dulu nanti sampai masa aku kuarkan .......
Aku tunggu bas dalam sejuk sejuk sambil layan perasaan.Masa tunggu bas sempat borak ngan minah Indo ngan 1 couple indo

Tak lama tu bas sampai lepas check semua nama aku pun naik bus lega panas sikit bila duduk dalam bus

Bus jalan aku pun layan perasaan ngan di temani view yang awesome awesome

nak je aku jalan kaki dari Takayama ke Shirakawago sebab serius view sepanjang jalan tu tak tahu nak cakap apa cantik sangat

Masa dalam bus tu sibuklah tour guide tu duk bercerita itu ini.Aku ambik tahu gitu gitu je la.Malas nak dengar sebab view kat luar lagi cantik berbanding ucapan perempuan itew

Paling tak best sepanjang perjalanan banyak sangat terowong nak kena lalu.Kejap masuk kejap keluar.

Tapi 40 minit cam tu sampai.

Mula mula sampai tu bus akan bawa ke View Point.Dari view Point tu boleh lihat perkampungan shirakawago dari atas cantik siap boleh nampak gunung ganang lagi.Masa yang di bagi 20 minit untuk pose pose sendu kat view point

VIEW POINT
BERSIH
Lepas 20 minit bus bawa kami ke Perkampungan Shirakawago.Waktu ni dah banyak bus sampai.Masa yang di beri dalam 1 jam lebih kira cukup nak explore.


BUS PARKING - SEMUA TU BUS ROMBONGAN CIK KIAH
Aku jalan jalan ikut map yang tour guide tu bagi.Aku jalan sambil layan perasaan Tapi tak boleh nak lama lama kat satu satu tempat sebab akukan datang ikut tour so tengok tengok lebih kurang.



selalu aku suka tilik tilik sampai puas.Sempat la aku jadi jurugambar orang orang kat situ.

Ada satu minah salleh pempuan ni baik hati offer diri nak tolong snap pic dekat aku,mungkin sebab dia tengok aku jalan sorang.

Aku pun apa lagi gembira menerima pelawaan perempuan itew.Pose pose sendu sekeping dua.


MACAM RUMAH PADI DEKAT KAMPUNG

Perempuan tu 1 tour juga dengan aku.

Yang si perempuan tour guide aku tu sibuk dengan patung merah dia.Menyampah betul.Sibuk suruh orang pose pose sendu dengan patung  dia.

Patung tu kalau tak silap aku nama "Sarubobo" 

Kedai kedai di Takayama banyak jual patung ni.Kira macam mascote Takayama.

Dekat sini takde maple leave cuma hutan hutan yang dekat belakang tu cantik sebab daun daun semua dah kuning dan merah.

Yang pasti aku suka perkampungan Shirakawago ni.

RUMAH DAN SAWAH
VIEW POINT
Selain bentuk umah,seni bina bumbung yang unik aku suka suasana yang tenang dan bersih.


KEREPEK - TAK TAHU HALAL KE TIDAK



Sesiapa datang Nagoya aku recom "SILA MELAWAT SHIRAKAWAGO"


PIC YANG SEMPAT AKU SNAP - nak cerita panjang panjang pun aku tak reti sangat.Kalau nak tahu lembut lanjut DATANG  SENDIRI



AKU NAK PERGI TEMPAT YANG ADA SNOW TU
KOSONG N USANG
AKU SUKA KINCIR AIR TU - KINCIR AIR KE ? KE SALAH ?

HABIS CITE SETENGAH HARI DI SHIRAKAWAGO ..............................................................



POKOK PALING MERAH AKU JUMPA KAT SINI
SAWAH PADI YANG TAKDE PADI
TEBAL LAPISAN BUMBUNG RUMAH 

No comments:

Post a Comment