Thursday, 8 January 2015

JAPAN TRIP 2014 - HIROSHIMA PART 1

Selepas melalui hari yang yang suram di KOBE semalam hari ini cuaca amat baik.Hati aku pun gembira

Awal pagi matahari dah muncul.Seperti yang dirancang hari ni aku pergi Hiroshima.

Jam 6.30 pagi aku dah keluar menuju ke kyoto station.Hari ni last guna JR pass.So kena gulai se maksima mungkin

Perjalanan hampir 2 jam lebih.Hari ni juga hari last aku naik shinkansen.

Sampai Hiroshima Station cuaca di Hiroshima pun sangat baik.Pantas kaki aku cari konter infomasi.Aku nak ambil map dengan segala info.Waktu aku sampai konter infomasi aku bagi tahu amoi jaga konter aku nak english map pastu aku tanya macam mana nak pergi tourist spot kat Hiroshima.

Kakak tu nampak aku pegang JR pass dia dngan baik hati bagi tahu  boleh naik bus kat luar station dan just tunjuk je kat driver bus JR pass.Mudah dan jimat.

refer sini --------->HIROSHIMA - SIGHTSEEING LOOP BUS

Keluar dari Hiroshima station aku terus menuju ke Sightseeing loop bus.Tak ramai pun yang tunggu bus.

DALAM BUS - SELESA SEBAB TAK RAMAI ORANG - KE BUS NI BUS BARU ?
SEGALA BAGAI MAP
Dalam bus dapat tengok bandar Hiroshima yang cantik dan bersih dan boleh dikatakan lebih cantik berbanding KL,Pendapat aku je.

Tempat pertama aku nak pergi - PEACE MEMORIAL PARK

Area Peace Memorial Park ada 3 tempat yang biasa orang pergi dan aku turun betul betul depan ATOMIC BOMB DOME

ATOMIC BOMB DOME - KESAN PENINGGAL PERANG DUNIA KE -2

Sesapa nak tahu sejarah Hiroshima pergi bukak buku sejarah hokeh.Aku takde masa nak nak karang sejarah kat sini.Boleh baca buku DEBU HIROSHIMA penulis buku ni student dekat jepun masa zaman Hiroshima kena bom

Waktu aku berkeliaran dekat sini ada sorang mamat ni mintak tolong aku snap pic untuk dia.Memula aku macam tak nak tolong tapi macam kesian la pula.Sebenarnya ada benda lain aku fikir dalam kepala.Akhirnya aku tolong lah juga.

TETIBA RASA GAMBAR SITE PULA
MACAM PIC DEFECT WORKS TAPI NI TAK BOLEH CLASSIFIED SEBAGAI DEFECT
TINGGALAN INI MACAM DAH PERNAH DI BAIK PULIH 
POKOK RENEK TEPI PAGAR INI SANGAT TIDAK MEMBANTU FUNGSINYA.MENYUKARKAN PARA TOURIST UNTUK BERGAMBAR
Tepi pagar ni ada orang yang beri penerangan tentang sejarah Hiroshima.Aku jus tengok tengok je file file yang ada kat situ.Tapi tourist yang datang dengan TA gigih dengar 

Waktu kat sini ada sikit rasa perasaan sadis.Perasaan tak tahu nak bayang macam mana orang orang yang ada masa berlakunya kejadian pengeboman.

HIROSHIMA SELEPAS DIBOM - SADIS
KESAN RADIOACTIVE  
TUGU - NAK BACA TAK FAHAM
INI AKU TAK TAHU APA TAPI ADA ORANG DOA DOA DEPAN NI
Habis berkeliaran kawasan ni mari kita jejalan sebelah sana pula.

Sebelah sana terdapat beberapa monumen sebagai simbolik keamanan.

RENTAS JAMBATAN MENUJU KE SEBELAH SANA.BAGUS ORANG VETERAN JEPUN SUKA BERJALAN
DAMAI
BERSIH
MARI LEPAK LEPAK DAHULU
Salah satu monumen peringatan.Berdekatan monumen ni terdapat kertas kertas origami yang dilipat lipat.Lipat origami ni sebenarnya lebih pada ritual keagamaan dan adat juga keamanan

Kertas kertas origami yang dilipat berdekatan monumen kanak kanak  adalah semperna memperingati seorang kanak kanak perempuan jepun yang percaya jika dia dapat lipat 1000 kertas origami yang berbentuk bangau dia akan sembuh dari penyakitnya.Mitosnya juga cakap pada kertas origami ini juga budak itu ada letakkan doa sekali.Tapi sayang tak lama selepas itu budak perempuan ini meninggal dunia.

Cerita sadis ini tersebar  seantero dunia dalam pelbagai versian.Demi kerana ini sekitar monumen ini dihiasi dengan ribuan kalung bangau dari seluruh dunia.

MONUMEN KANAK KANAK YANG TERKOBAN SEMASA PENGEBOMAN
ADA BELL,PENGUNJUNG BOLEH BUNYIKAN BELL TERSEBUT - BETUL KE SEBUT BELL KE GENTA  ?
KERTAS YANG DILIPAT - ORIGAMI
MASA SEKOLAH AKU RETI BUAT BENDA NI - SEKARANG DAH TAK PANDAI
1000 bangau  itu tidak hanya menjadi doa dan harapan seseorang termakbul,tapi juga sebagai simbol keamanan.

Lepas ni lepak lepak layan perasaan jap.

No comments:

Post a Comment