Tuesday, 20 January 2015

JAPAN TRIP 2014 - HIROSHIMA

Masih di Hiroshima

Balik ke Hiroshima station aku ambik train ke Miyajima Island.Memula memang dah malas  nak pergi.Tapi alang alang dah sampai Hiroshima baik pergi saja.Time ni aku rasa macam penat sangat.Nak berjalan memang takde nafsu dah.Kerja nak duduk je maybe sebab lapar kot.

Waktu dalam train dapat lelap mata sekejap (PERJALANAN COVER BY JR PASS)

How to get Miyajima ? refer sini ----------------> MIYAJIMA ISLAND 

Sampai Miyajimaguchi station aku tanya guide arah nak ke Jetty.Dekat Saja.Tapi sebelum tu aku masuk 7e beli roti dulu.

Orang ramai masa aku turun train tadi.Beli roti cepat cepat terus jalan ke Jetty.Dekat jetty ada 2 laluan.Under JR ferry dan Non - JR.Aku cover by JR pass so kena Beratur line JR ferry.

Tunggu ferry dalam 15minit

BERATUR NAIK FERRY
FERRY
LAUT KE ?
DALAM FERRY
MAKAN ROTI
Bila dah ada atas ferry memula aku macam nak duduk dalam,tapi baik ambik angin kat luar sambil makan roti.

Best pulak rasa makan roti sambil ambik angin atas ferry.Baru aku rasa ada tenaga balik.Baru ada nafsu nak berjalan.
MIYAJIMA DARI JAUH
TORI GATE DARI KEJAUHAN.SORRY TAK ZOOM
FERRY PARKING,PANGGIL PARKING KAH ? 
Ferry dah berlabuh mari kita serang beramai ramai

Keluar saja dari jetty nampak rusa rusa sedang berpeleseran.Busuk busuk pulak tu.Pening kejap aku bau.Loya pun ada.Tapi ada la yang sibuk bergambar dengan rusa sebab rusa rusa kat sini macam jinak.

Aku lepak dulu tepi tepi tu sambil usha map.Banyak jugak benda menarik boleh explore kat sini.Tapi memandangkan hari pun dah petang aku buat yang wajib saja.

Misi datang Miyajima ni sebab nak tengok Tori Gate yang dibina atas air saja.
RUSA - BINATANG SUCI KATANYA - TAPI BUSUK (SUCI + BUSUK = SUSUK)

RAMAI YANG BERANSUR PULANG
MAKANAN
AWAS YA
MENUJU
JAUH JUGA KENA MENAPAK

Sampai !
PESISIR - TAK BERSIH MANA PUN
TORI 
Tadaaaaaaa
INI DIA
INI DIA
SETAKAT YANG MAMPU 
Pada aku Tori Gate ni sama je dengan tori gate lain yang ada kat Jepun ni.Tapi maybe effect terletak atas air memberikan Miyajima Bonus untuk orang luar datang ke sini

Tori gate ni akan lebih indah bila air pasang sebab akan kelihatan seolah terapung apung atas air.Tapi waktu aku datang ni ada nampak terapung tak ?

NON HADO HOKEH !

Tapi takpe sekurang kurangnya aku dah tengok apa yang di war warkan seantero alam keunikan Tori ini.

Kalau air tak pasang mungkin aku boleh pergi dekat dengan Tori Gate tu.

Puas usha tori aku nak usha kedai kedai yang ada pulak.Sambil tu boleh tengok pagoda juga

ITSUKUSHIMA SHRINE
USHA DARI LUAR
PAGODA - AKU TAK NAIK USHA DARI BAWAH SAJA



Aku sempat usha usha apa yang boleh dibeli.Kalau nak beli souvenir harga agak murah kat sini.Aku beli FM je.Fm takde menarik mana pun.Tapi ada nama miyajima.Kalau nak beli t-shirt pun murah.

Kalau rasa nak cuba Tiram pun boleh.Tapi aku tak makan tiram cuma mampu tengok je.Bau sedap.Tiram besar besar aku tengok diorang bakar dan ramai yang beratur.Makanan ternama kat Miyajima agaknya.

Aku kat sini dalam 1 jam lebih.Banyak benda boleh explore kat Miyajima ni tapi aku tak cukup masa.Ada peluang mesti aku datang lagi Miyajima Island ni

Kalau nak detail pasal Miyajima Island refer sini -------------> VISIT MIYAJIMA

Maka habis kembara  1 hari di Hiroshima.Sampai Hiroshima Station hari dah  nak gelap.

BYE BYE HIROSHIMA
TUNGGU SHINKASEN
TEPAT
SUKA JR PASS

8 comments:

  1. Ingat Hiroshima.. Teringat sejarah bom atom...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun macam tu "ingat hiroshima ingat bom" lebih kurang tagline JAKEL "INGAT KAIN INGAT JAKEL" kan ?

      Delete
  2. Alamak ada sign tsunami tu yg gerun sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku gerun jugak bila nampak sign tu

      Delete
  3. JM nampak cam terapung je hikss.....hai..hai...rugi x ke sini ..buang masa je JM ke Huis TEn Bosh tapi x masuk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huis Ten bosh tu macam best kan.CC memula macam nak gi sana tapi cancel.Tunggu musim bunga la cc gi sana.CC pun nak datang Miyajima lagi sebab tak habis explore lagi

      Delete
  4. Kalau nak tau details u punye itinerary macam mane ek? bole ke kalau nk email tanye personally?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je SB.Tapi itir aku comot comot skit.Nanti aku buat cantik sikit aku kasi.Pakai je email ni
      cikcerita@gmail.com
      Mana aku tahu aku jawap

      Delete