Sunday, 18 January 2015

JAPAN TRIP2014 - HIROSHIMA PART 3

Aku tunggu bus depan museum tu dalam 15 minit

Aku nak kena patah balik ke Hiroshima station sebab bus ni akan terus ke station so nanti dekat sana aku kena naik bus lain.Naik 10 kali pun takpe sebab JR PASS COVER

Dalam bus boleh hilangkan lenguh kaki

Sampai Hiroshima Station bus driver suruh aku naik bus yang kat depan.Orang agak ramai dalam bus tapi masih ada tempat kosong takdelah aku kena berdiri

Perjalanan tak sampai 10 minit rasanya.Bus stop untuk ke Hiroshima Castle agak jauh.Jadi aku kena menapak dan lalu jalan bawah tanah.Aku cari juga tempat untuk lintas jalan tapi takde.

TAMAN - SUNYI TAKDE ORANG
Takut juga nak lalu jalan bawah tanah sebab takut takde orang.Tapi cuba beranikan diri.Aku usha usha dulu tengok dulu selamat ke tidak.Lepas tu nampak ada amoi sedang jalan bertentangan aku makanya aku pun melangkah dengan yakin.

BUKAN CASTLE
POKOK
ADA CITA CITA NAK RUMAH ATAS AIR ?
MARI MENAPAK
SNAP SELAGI BOLEH

Masuk bahagian dalam aku rasa tempat ni baru lepas habis event,sebab aku tengok pekerja pekerja sibuk kemas kemas barang.Paling banyak adalah bunga.Maybe ada pameran bunga bunga agaknya

Tapi bunga bunga yang ada tidak menarik dan semua nampak dah layu

Jalan jalan sampai aku nampak ini

MONUMEN APA AKU KURANG PASTI
KUDA
Macam ada majlis sebab masa sampai depan sini aku nampak ramai budak budak kecik pakai Kimono.Tapi aku tak sure majlis apa.Tapi apa yang aku tengok mak ayah budak budak yang pakai kimono sibuk bergambar dengan anak masing masing.

SESI PHOTO
COMEL 
Adakah acara sedang mencari jodoh sedang berlaku ?

Budak budak yang pakai kimono comel comel je aku tengok.

Mari jalan jalan lagi.Nak jumpa Castle tu kena menapak sikit lagi.
POKOK
ADA BUAH TAPI TAK TAHU POKOK APA
Jalan jalan Taadaaaaaaaaaaa

Hiroshima Castle juga orang panggil Istana Ikan Koi.Istana.ini dibangunkan pada tahun 1589 dan istana ini hancur bahana bom yang telah dijatuhkan di Hiroshima pada 6 aug 1945.Istana yang ada sekarang hanyalah replika sahaja dan hanya menjadi museum sahaja.

Orang tak ramai pun.Aku lepak lepak depan tu sebab ada bangku.Kaki dah letih sebab jalan jauh tadi.

Nak masuk kena dalam Istana kena bayar.Aku fikir fikir macam nak masuk.Tapi lepas tu tak jadi masuk.Aku snap pic dari luar saja.Orang tak ramai so nmudah sikit sebab tak payah nak terkinja kinja.

Puas snap aku lepak sambil minum kopi.Lapar sangat masa ni.Makanan takde langsung dalam beg.Nak jalan menapak pergi bus stop pun macam malas.

Macam dah takde apa nak buat.Tapi rasa macam tak puas tengok Istana ni.Tetiba orang makin ramai.Baik aku blah sebab ada satu tempat lagi aku nak tuju.

CASTLE 
SENI BINA YANG CUKUP INDAH
BAHAGIAN BELAKANG ADA SEMAK 
BUDAK COMEL 
GERBANG - MENAPAK KE BUS STOP TADI JAUH YANG AMAT KALAU LALU SINI.AKU RASA MACAM KENA PUSING SATU KAWASAN 
KENAL ? AKU TAK KENAL, MAYBE TOKOH JEPUN
BASIKAL BASIKAL YANG MENARIK.MALAYSIA MACAM SUSAH NAK JUMPA ORANG JUAL YANG MACAM NI,KE ADA CUMA AKU TAK JUMPA  
SEXY DI MANA JUA - MALAYSIA BOLEH BUAT PATUNG MACAM NI TAK LETAK KAT DEPAN KL CENTRAL KE ?

4 comments:

  1. adoiiii.....blh terlupa nak gi castle ni....mcm mana tu

    pastu aku tak tau pun ada bas yg sudah dicover oleh jr pass....hiiiiiiii lg geram....ingat mmg semua kena naik tram...sedikit rugi di situ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu maknanya jepun sedang seru ko untuk kali ke - 2

      Delete
  2. breathtaking...rugi lah hai dulu x datang sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe JM lain kali boleh pergi sini

      Delete