Saturday, 27 July 2013

Padang Part 8


ShoppingDay Pasar Aur Kuning

Awal pagi lagi aku dah bangun.Udara kat sini memang sejuk dan segar.Nak mandi pagi termenung sekejap kat dalam bilik air. Serius airnya sejuk.Memandangkan mengikut perancangan kami nak bertolak awal ke Pasar Aur Kuning.Seawal jam 7 pagi sarapan dihantar kebilik kami.Setelah selesai bersiap dan sarapan kami bergerak menuju ke Pasar Aur Kuning dengan menaiki tut tut sahaja.jimat dan murah Rp2500/orang.Tapi menurut pekerja hotel harga tambang seorang Rp2000 mungkin sebab kami orang luar maka mereka naikkan harga.Jahat!!!

Tambang Tut tut = Rp2500/person

Dalam Tut-Tut

Kalau dari hotel tempat aku sewa ni memang mudah nak dapatkan tut tut.Kami tahan tut tut depan hotel saje memandangkan tut tut lalu depan hotel Indria.Perjalanan ke PasarAur Kuning ambil masa dalam 15minit sahaja.Sepanjang jalan menuju ke Pasar Aur aku lihat banyak juga terdapat pasar ala pasar tani.Aku ingatkan itulah Pasar Aur nasib ade soorang makcik yang sama sama menaiki tut tut bagi tau kami itu bukan Pasar Aur.Makcik tu pun menuju ke Pasar Aur.Terima kasih makcik.Namanya aku sudah lupa.
Pasar Tani
Setibanya di Pasar Aur aku agak terkejut melihat keadaan disitu yang agak kotor.Sampah sarap tidak diselenggara dengan baik.Disitu juga terdapat terminal bas.Aku kurang pasti bas-bas ni semua menuju kemana tapi yang aku dengar mereka promo ke Pekan Baru.Cuaca agak panas walaupun jam menunjukkan angka 9pagi.

Kotorkan????

Terminal Bas
Cuci Mata

Walau Kotor Kami tetap nak posing
Kami mula menyelusuri lorong lorong kecil dalam pasar tersebut Keadaan dalam pasar agak kotor. Mungkin tiada selenggaraan yang baik.Aku pun tak tahu macam mana diorang boleh berniaga dalam keadaan macam tu.Apa yang kawan aku bagi tahu Pasar Aur ni terkenal sebagai pasar untuk pemborong.Aku sempat singgah di kedai yang menjual pelbagai jenis tudung dan bertanya harga untuk satu kodi harga ditawarkan memang murah.Tudung-tudung yang dijual sama macam yang jual kat aked aked jalan Tar.

Sesapa yang tak tahu kodi tu maksud harga untuk :
      
20helai = 1 kodi 

Borong Sampai muntah
Cantikkan ?????
Restoran Simpang Raya

Disebabkan kami semua belum heavy breakfast maka kami putuskan untuk makan dahulu.Kami ke satu restoran yang terletak tidak jauh dari Pasar Aur iaitu Restoran Simpang Raya.Disebabkan kami tak tahu nak makan apa jadi kami telan nasi kapau sahaja.Makanan kat kedai tak sedap mana.Pagi pagi dah telan nasi walau tak selera nak makan bantai jugalah.Selesai menjamu selera kami masuk kembali ke Pasar Aur.

Restoran Simpang Raya

Menu



Pasar Aur Kuning

Makin ramai pengunjung yang memenuhi pasar ini.Keadaan makin panas dan buatkan kami rasa tak selesa.Kami mula menyeluri dari kedai ke kedai.Ntah kenapa kawan aku sorang tu nak cari telekung memilihnya yang ampun.Nak cari yang kualiti bagus katanya.Aku rasa kualitinya kainnya sudah kira ok.Katanya nak cari france cotton setahu aku kain jenis ni orang panggil cotton paris.kalau yang mengirimnya tak tahu yang membelinya lagi tak tahu.Nasib baik takde orang kirim dekat aku.Kalau tak pitam aku nak mengangkut.

Jika kesini aku sarangkan anda jalanlah sepuas hati dan shopping hingga pitam Kalau rasa nak berniaga sila datang kesini barang-barang kat sini memang murah.Macam-macam ada.Kat sini semua ada.Aku nak datang lagi nanti.Aku nak shopping sakan kat pasar Aur.Balas dendam sebab tak shopping banyak
Muka Kenyang
Jom Shopping
Beli beli Telekung
 
Setelah ronda punya ronda kaki pun dah penat dengan keadaan yang makin tak selesa kami putuskan untuk ke Pasar Atas. Kami meninggalkan Psar Aur tanpa beli apa - apa.Kami pergi ke Pasar Atas menaiki tut tut. Kami pulang dengan tangan kosong.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete