Sunday, July 28, 2013

Padang Part 9


Shopping Second Day

Ranapnya harapan untuk shopping di Pasar Aur Kuning kami tiba di Pasar Atas pula.Tut-tut yang kami naik tak masuk ke kawasan Pasar Atas.Terpaksalah kami menapak jauh sikit dengan cuaca yang panas.Tiba dipasar atas aku lihat ramainya budak bawak sepanduk,ingatkan nak sambut perayaan apa rupanya itu cara masyarakat disini nak sambut kedatangan bulan Ramadan.Sempat jugalah snap pic.Lain tempat lain caranya.

Hati hati melintas kak


Selamat datang Ramadan


Part shopping aku malas nak cerita banyak.Shopping adalah benda basic yang semua perempuan dalam dunia tahu dan suka buat.Apa yang perlu dan apa yang tidak.Kami pun mula ronda dari satu ke satu kedai.Shopping kat Pasar atas ni selesa sikit sebab bersih.Peniaga kat cukup arif dengan tukaran duit Malaysia.Tapi hati bila menggunakan duit Rupiah,kerana warna dan nilai hampir sama.Baca dulu amount  yang tertulis kat duit tu.

Barang-barang yang banyak dijual kat  Pasar atas ini adalah telekung dan kain-kain sulaman.Telekung semua cantik-cantik dan rambang mata.Kalau tawar menawar tu letak harga serendahnya.Tapi bila aku tanya harga untuk 1 kodi berapa peniaga kat sini bagi harga sama dengan retail alasan diorang harga yang dibagi memang harga borong. Lagi 1 kalau rasa nak murah shoping kedai kedai yang tersorot sikit.Shopping sampai lebam.

Hari ketiga juga begitu,Kami habiskan masa bershopping di Pasar Atas lagi.Borong sampai wang rupiah kami habis.Aku juga tak lepas peluang tinjau apa apa yang boleh aku buat business.Tapi mungkin next trip aku beli barang untuk dijual.



Shopping Third Day

Hari ke-3 kami di Tanah Minang akctiviti shopping kami berjalan seperti biasa.Aku memang dah takde barang nak beli cuma geng yang lain masih ada kiriman mereka yang belum dibeli.Sekali lagi kami pusing Pasar Atas tapi kali ini pusing betul-betul.So next time bila datang lagi tak terkial-kial nak cari kedai.Memang dah tahu mana kedai perlu dan tak perlu pergi.

Hari ketiga kawan-kawan aku sibuk mencari kain sulam.Sulaman Bukit Tinggi memang cantik borong sakan diorang cuma aku je yang tukang ikut dan bawak barang.So layan lan pic shoppng aku.

Hari ketiga kami ada sedikit masalah after shopping.Bila dah masuk waktu lunch kami ke Restoran yang aku rasa boleh la tekak aku terima makanan .Nama Restoran tu Restoran Selamat,tak jauh dari Pasar Atas.Kalau tak salah aku sebaris ngan KFC dan Pizza.Lepas lunch kawan aku yang sorang ni nak keluarkan duit dari ATM.Dia dah aktifkan kad Maybank so senang la.Kalau di Indonesia Maybank namanya BII.

Puas juga kami bertanya dimana letaknya bank ini.Akhirnya jumpa juga.Kami jalan kaki lebih kurang 10 minit.BII ni agak tersorot sebab tu susah nak cari.Aku cadang next time jangan susahkan diri bawak saja Rupiah banyak-banyak.Dah sampai di bank bila nak cucuk card ATM dia pula bermasalah so sedih tak dapat keluarkan duit.Tak tahu kenapa card itu tak boleh masuk bila try aku punya card ok je.Tak dapat nak tolong.ok full stop.

Dah selesai urusan bank hujan pulak turun dengan lebatnya,kami pun tahan sebuah tut-tut untuk pulang ke Pasar Atas nak tahu berapa dia charge kami mahal nak mampus


Rp50000 = RM16.00

Balik ke pasar atas kami ke kedai yang kami tinggalkan barang,Kami bertanya pada kakak yang berniaga kat situ rupanya bukan semua tut-tut boleh masuk kawasan Pasar Atas sebab tu dia charge kami lebih.So hati hati kalau rasa boleh menapak jalan saja tak penat mana pun.

Sebelum pulang ke hotel kami lepak dulu depan jam Gadang nikmati waktu petang esok nak balik Tanah Melayu,Sedang enak kami lepak tetiba datang 1 lelaki kononnya nak hiburkan kami dengan main gitar buruk dia.Suara tak sedap mana pun buat bising je orang nak feeling,tetiba tali gitarnya putus rupanya tu memang cara diorang kononnya nak raih kesian.Kawan aku ni bagi jugalah dia sikit wang kononnya dah hiburkan kami dengan suara sumbangnya.Next time aku nak halau je.Diorang saje buat tali gitar tu putus.

Hari ketiga kami shopping habis habisan sebab esok mau pulang ke Tanah Melayu.Rindu tak payah cakap. 

Kedai pertama kami shopping
Borong Telekung
cantik cantik ,banyak warna
Harga sepasang ni Rp500000 = RM150.00.Cantik tapi aku tak beli sebab kain jenis Thai silk yang kalau berpeluh confenm tak selesa.Tapi kalau pakai sekejap gi kenduri kira ok.Balik Tanah Melayu nyesal sebab tak beli.
Kain sulam warma coklat tu harga Rp190000 =  RM60.00 kedai lain offer aku Rp400000. Kain ni aku beli kat kedai tersorot hujung - hujung gitu, warna tak banyak sangat so aku rembat yang ini sebab aku suka warna bunganya
Aku punya harga Rp350000 = RM112.00 mahal ada kedai offer Rp280000
FM 7 packet Rp350000 = RM112.00 mahal pulak rasa harganya
Hasil Borongan Kami
Hari ketiga shopping
Cantik cantik cantik
Sulaman peniti serius cantik dan kemas atas fabrik cotton

No comments:

Post a Comment

LAZY TRIP - CHINA - BEIJING - 3

Qianmen Street Kalau rajin baca je link aku letak ni https://www.tour-beijing.com/blog/beijing-travel/beijing-attractions-tips/qian...