Monday, 15 July 2013

Padang Part 3



Sesi Mencari Teksi

Keluar dari sahaja muka pintu airport, jika anda tidak mengambil khidmat supir anda tidak perlu risau kerana ramai yang sudi menawarkan khidmat mereka sebagai pemandu anda.Kami telah disapa oleh seorang lelaki yang menawarkan khidmat driver.Lelaki itu menawarkan harga Rp400,000.00 tapi setelah sesi tawar menawar akhirnya lelaki tersebut setuju dengan harga yang kami letak iaitu Rp370,000.00 (termasuk petrol sekali)
  
Tambang Teksi Airport Minangkabau -> Bukit Tinggi (1 HALA SAHAJA)

    Rp370000 = RM118.40

Tapi takpe nanti driver boleh bawak korang singgah mana mana tempat yang korang rasa nak singgah.Bayar mahalkan.
Waiting Driver
Posing sebelum cabut dari Airport

Menurut kawan saya yang menetap disini,harga tambang untuk sehala perjalanan dari kota Padang ke Bukit Tinggi Sekitar Rp250,000.00 mungkin disebabkan kenaikan harga gas makanya harga tambang pun naik.Sebelum memulakan perjalanan kami sempat snap beberapa keping pic.

Keluar saja kenderaan kami dari Airport Minangkabau di sepanjang jalan kami lihat begitu banyak kedai yang menjual sengkuan.Menurut pemandu kami sengkuan disini manis.Kami tak berkesempatan untuk mencuba.Tapi takpe saya bukan peminat sengkuan tak rasa pun takpe.

Sepanjang perjalanan ada satu pengalaman baru buat saya dimana cara pemanduan masyarakat disini yang sangat merbahaya. Kenderaan memotong sesuka hati hati.Sepanjang perjalanan saya tak putus berdoa semoga perjalanan kami selamat. Pemandu disini hanya menggunakan hong sebagai tanda hormat bila memotong kenderaan disini.Keadaan jalan raya disini sangat sempit.


Sesi membeli Kartu Internet N Pulsa

Dalam Perjalanan kami singah sebentar disebuah pekan. Tujuan utama nak beli sim kad telefon baru.Kami putuskan untuk pakai line Indonesia sahaja. Kami tak nak rooming disebabkan charge perkhidmatannya sangat mahal.Dengan sim kad ini dapat menjimatkan duit kami.

Saya membelik kartu internet dengan harga Rp50,000 dengan pulsa@kredit pula Rp25,000.Kartu yang berjenama axiata kalau di Tanah Melayu sama seperti celcom.Cam mana nak aktif korang jangan risau kerana pekerja kedai tu yang akan aftifkan. 

Telephone Expenses = Rp50000 = RM16.00
                                               Rp25000  = RM 8.00

Total Rp75000 =  RM24.00

So kami boleh updates FB,Instagram dan sebagainya dengan sesuka hati tanpa perlu risau akan charge yang dikenakan.Update sampai lebam.

Kartu Internet
Kartu Sim Card

No comments:

Post a Comment