Monday, 15 July 2013

Padang Part 4

Kutip derma

Sepanjang perjalanan ada lagi satu perkara menarik yang aku nampak iaitu mereka menggunakan anak-anak untuk mengutip derma.Korang lihat gambar kat bawah tu.Anak-anak tersebut memegang sebuah bakul dan pada bakul tersebut bertulis derma untuk membina masjid.Untunglah kita rakyat Tanah Melayu masjid penuh sepanjang jalan walaupun tiangnya lagi banyak berbanding orangnya.kedaan begini agak bahaya untuk anak-anak tersebut.Jika di malaysia sudah lama kena angkut.Rajin diorang ni walaupun cuaca panas terik.

Bagilah Derma


























Makan Tengah Hari

Hari semakin menginjak ke tengahari.Perut aku dah mula lapar mintak diisi.Dalam kepala mula memikirkan nasi Padang.Menurut blog yang aku baca mereka ada juga syorkan tempat makan yang popular.Tapi memandangkan kami tiba awal ke kota Padang restoran tu masih belum dibuka mungkin.Akhirnya kami singgah satu restoran,lupa nama kedai tu. 

Waktu kami tiba belum ada pelanggang lain yang datang makan,agaknya kami yang paling awal.Kami dihidangkan dengan nasi kapau @ nasi padang.Walau banyak makanan yang dihidang korang pilih mana yang korang nak makan sahaja kerana harga dikira berdasarkan piring lauk yang korang ambil.Kkorang sentuh sikit pun consider sold.Kami pilih dalam 5 lauk sahaja, harga lebih kurang Rp120000 = RM38.40

Pilih kak
Lihatlah Gunung Merapi


Air Terjun Lembah Anai 


Dalam Perjalanan kesini saya sempat singgah ke Air Terjun Lembah Anai.Air terjun ini terletak di pinggir jalan yang menghubungkan Padang dan Bukit Tinggi.Air terjun ini terletak hanya ditepi jalan sahaja.Kami sempat post beberapa keping gambar disini.Sorry kami tak rasa pun airnya sejuk ke tidak.Menurut catatan sumber airnya dari dari gunung Singgalang.

Kadar bayaran masuk seorang Rp2000.Dalam fikiran saya tempat macam ni pun nak ada charge masuk. Tempat ini bukannya cantik sangat. Tapi disebabkan tak pernah datang masuk dan bayar sahaja.

Kos Masuk Rp2000 = RM0.70

Kami pun memulakan sesi snap gambar.Menurut mitos jika kita basuh muka menggunakan air tersebut muka kita akan awet muda.Tapi Ya ke????? saya hanya melihat pengunjung lain sibuk bergambar di bawah berdekatan kawah air.

Disini juga terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kerepek dan barangan runcit.Jika anda rasa ingin mencuba boleh saja membeli.Selesai sesi snap pic kami pun beredar dari tempat tersebut.Perjalanan Masih jauh lagi kerrrr???


1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete