Tuesday, 23 December 2014

JAPAN TRIP 2014 - MOUNT FUJI - LAKE KAWAGUCHIKO - PART 3

Masih di Kawaguchiko

Aku nak kena cari plug sebab nak charge phone.Time time ni la phone nak mati.Power bank tak bawak.Aku jalan jalan nampak hotel.

JALAN KE HOTEL



Paling girang aku nampak sign boleh charge phone.Girang dihati bertambah tambah.

Dengan muka tak malu aku pergi la hotel tu.Aku tanya kakak yang kebetulan ada kat depan hotel tu.Aku cakap nak charge phone.Lepas tu dia suruh aku masuk dalam .Aku masuk dalam pergi reception pastu aku cakap kat kakak yang jaga konter tu aku nak charge phone tapi kakak tu macam blur blur.

Last sekali aku rasa head dia kot yang keluar tanya aku.Aku cakap la aku nampak sign charge phone kat luar so aku nak charge phone aku yang dah mati ni.

Kakak tu angguk angguk tanda faham.Pastu dia suruh aku charge kat tepi reception tu je.Aku cakap aku nak charge half hour je.Lega akhirnya bila phone dah bernyawa balik.

Dalam hotel tu takde orang pun.Maybe semua orang jalan jalan kot.Aku usha usha jugak hotel tu macam menarik.Next time bila datang boleh aku stay kat sini.Staf staf pun ramah tamah ada jugak yang pelik tengok aku kenapa aku duduk kat tepi reception.

Duduk dalam hotel ni lega sikit dapat panas panas badan sebab kat luar sejuk.Pipi aku dah merah merah pastu kulit aku dah mengelupas dan tak mulus lagi.Dah sapu  1 tong krim pun tak mampu tahan sejuk.Balik nanti nak kena buat rawatan di SPA sila ke MANDARA SPA SUNWAY HOKEH

Bila phone aku dah penuh hampir separuh aku pun mintak diri.Sebelum tu aku kena ucap thank to kakak tu.Aku tekan bell sebab dekat reception  takde orang.Kakak tu keluar aku cakap aku nak pergi and thank sebab bagi aku charge phone pastu ber haip haip dan aku blah.

Keluar je dari hotel tu aku jalan menuju ke sebelah sana tempat orang jual jualan.Macam menarik sebab aku tengok ramai je yang lepak situ.Aku pun kena jv dengan mereka juga.Sampai sampai bau makanan menusuk perut.Aku nampak ada jual mee goreng.Macam nak beli tapi takut bahan bahan masakan pakai oik oik pulak.Takpe tahan dulu.Oh perut sabar hokeh.Nanti kita makan.


Aku tengok je orang makan.Sadis sangat rasa masa ni.Selain makanan ada jugak jual sourvenir.Aku tak beli pun.

Tempat ni adalah laluan ke maple coridor.Ramai kot orang berpusu pusu ke maple coridor tu.Aku je tak pergi sebab sibuk memanaskan diri sebab ada unggun api kat situ siap ada kerusi lagi best best.

API
ACTIVITY MEMANASKAN BADAN
Sambil sambil duduk aku layan budak budak yang ada kat situ.Comel comel semua,nak je aku bawak balik sorang kasi geng ngan adik aku.Dah rasa cam ok sikit aku pun cabut sebab aku nak pergi tempat paling hujung.So nak kesana kena pergi tunggu bus.Jangan malas ayuh rajinkan diri.

Jalan jalan nak pergi tunggu bus sempat la aku melilau tepi tepi tempat tunggu bus.Nasib tunggu bus tak lama.

ADA LAGI GROUP KAMERA BESAR TAPI LAIN GENG
SOUVENIR TAPI AKU TAK MINAT BENDA GANTUNG GANTUNG NI HARGA BOLEH TAHAN MAHAL
CAFE KE ?
CAFE
OIK OIK 


TUNGGU BUS KAT DEPAN TU

Sampai pit stop akhir aku tengok orang tak berapa ramai sangat.Hari pun dah petang.Memula sampai aku masuk kedai jual souvenir.Masuk usha macam takde yang menarik sangat.

Time ni baru terhegeh hegeh nak tengok maps apa yang ada kat sini.Hokeh aku dah tahu nak cari apa,Aku nak tengok pokok yang macam bentuk cup cakes tu.Tu je morif nak tengok.Nampaknya aku kena jalan sampai ke belakang tempat ni dekat dekat dengan tasik

ADA JUGAK KAT SINI RUPANYA.TAPI TAK MERAH JUGA
POKOK APA NTAH

AKU TAKUT JUGAK JALAN ATAS JAMBATAN NI SEBAB TEPI TU AIR MANA TAU ADA ULAR KE MERAYAP TEPI TEPI TU


Jalan ke belakang tu takde orang pun.Sunyi je kat belakang tu.Yang ada cuma sorang laki duk sibuk snap pic.Jalan sambil snap sana sini.

LANDSKAP DESIGN - POKOK YANG DITANAM BENTUK MACAM CUP CAKES 
3 LAYER & DIFFERENT COLOUR
KERING
Habis snap apa yang patut baik aku blah sebab memang takde apa pun kat belakang sini.Aku nak kena pergi 2 lagi tempat aku kena naik bus lagi.Sebelum hari gelap aku kena cepat.

SEBELAH SEMAK SAMUN YANG TINGGI
AKU DAH NAK PATAH BALIK BARU NAMPAK ORANG 
JALAN CEPAT CEPAT ADA LAGI 1 PIT STOP AKU NAK TERJAH
Tunggu bus tak lama dalam 5 minit bus sampai.Kali ni aku kena stop dekat tempat aku naik bus tadi.Dari situ aku boleh jalan kaki je.Aku nak jalan tepi tasik juga tapi yang ni sebelah kanan.Yang memula aku jalan tadi belah kiri.

Kaki pun rasa penat dah.Mata pun mengantuk sangat.

Belah kanan ni takde apa pun yang ada maple yang tunggu masa nak gugur je.Penat sangat aku rasa.Tetiba rasa macam kurus.

JALAN JALAN DAN TERUS JALAN
MAIN LAYANG LAYANG KAT SINI PUN OK TAPI ADA JUGA COUPLE YANG BARING BARING SAMBIL BUAT ACTIVITY PEMELUKAN
TOILET SIGN
RINDU NAK BERBEGINI DENGAN RAKAN
Aku rasa macam jauh sangat aku berjalan.Aku nak kena tunggu bus lagi sekali.Aku nak pergi lagi 1 tempat.Aku nampak tempat ni dari memula aku sampai lagi.Bila tengok map macam aku kena naik bus green line.

Aku menapak ke tempat tunggu bus.Dalam sejuk sejuk lapar rasa macam takde tenaga dah.Sampai bus stop lega yang amat sebab dapat duduk duduk.Tak ramai pun yang tunggu bus.Bus kali ni lama sikit aku nak kena tunggu ada dalam 30 minit kot aku lepak .

Nak naik bus green line aku kena patah balik ke Kawaguchiko station.Motif la nak kena ulang alik macam gitu.Takpe la dah ada pass sua sua je kat muka driver tu.

Waktu dalam bus baru aku perasan bus yang red line tak lalu kawasan yang aku memula datang  tadi.Malas nak fikir lantak la mana dia nak lalu janji aku dapat pergi tempat yang aku nak pergi.

Lapar lapar macam ni dan kurang caffein dalam badan buat aku pening pening lalat nak berfikir.Otak pun malas nak bekerja untuk tuan dia.

Sampai Kawaguchiko station orang  tak berapa ramai.Tapi yang paling tak best kena tunggu bus lama.Bus red line dah 23 kali ulang alik tapi bus green line haram non ado

Ada 2 orang makcik jepun ni tetiba datang bebual dengan aku.English dia pun tunggang tebalik.Beria tanya aku dari mana,buat apa datang,datang ngan sapa.Tapi rupanya dia nak pinjam aku punya phone sebab nak google tempat apa ntah.

Sory la makcik phone aku takleh nak google wifi pun non ado.Kalau ada pun aku malas nak layan sebenarnya.Aku takde mood sebab lapar.Nak bercakap dengan orang pun malas.


DAH SAMPAI TEMPAT AKU NAK PERGI.AKU NAK POSE SENDU DEKAT POKOK NI JE SEBENARNYA
CINTA AKU KAU DAN DIA

TUHAN AKU HARAP SEKALI SEUMUR HIDUPKU



Aku ada ambil video daun daun sedang gugur.Tetiba rasa dalam drama Kolea pulak.Habis bervideo aku lepak lepak ambik feel kat tepi tasik.


Aku tengok map lagi tapi rasa macam dah tak nak ke mana mana dan aku decide balik ke station Kawaguchiko dan back to Tokyo.


ADA PEMPUAN DUK GULING GULING SAKAN BERGAMBAR
SILA BERGULING
SEDANG BERGADUH AKHIRNYA KENA SUMPAH JADI BATU REBUT SIAPA NTAH
TEMPAT TUNGGU BUS
JALAN RAYA NAK PERGI TUNGGU BUS
HOTEL
Aku tunggu bus tapi yang lalu bus red line.Naik saja dari terus menunggu sejuk sejuk macam ni.Dapat la aku pusing pusing lagi sekali lake kawaguchi ni.

Hari pun dah nak gelap.Fuji pun dah selimut seluruh badan dia.Mungkin aku takde jodoh dengan dia.Takpe next time aku harap aku ada jodoh dengan dia kalau tak aku suruh orang rogol dia beramai ramai

Yang penting aku nak datang lagi sini.Nak bermalam kat sini.

Bye bye Kawaguchiko.

NOTE: BEKAS KEKASIH

            Sesekali aku rindukan kau wahai bekas kekasih
            yang jadikan aku lebih bersedia dan tabah
            untuk ditinggalkan dan untuk disisih.

           Terima Kasih

            *SEKSI OVARI  


2 comments:

  1. Adoiii..... ritu kering je tak de pokok kat lake kawaguchiko tuh.
    Mmg kena g time autumn nampaknya...

    ReplyDelete