Tuesday, 16 December 2014

JAPAN TRIP 2014 - MOUNT FUJI - LAKE KAWAGUCHIKO PART 1


8/11/2014 - SABTU

Hari ini aku nak pergi Lake Kawaguchiko.Lepas puas fikir fikir nak pergi hakone ke lake Kawaguchi akhirnya kata sepakat tak membawa berkat sebab aku sorang je.

Nak ke Kawaguchiko kena naik train kat Shinjuku station.Sampai Shinjuku station macam biasa aku mesti tanya guard platform mana naik naik train ke Lake Kawaguchiko.So macam biasa guard semua sangat la membantu.

HOW NAK PERGI KAWAGUCHIKO -------->Lake Kawaguchiko
  • Dari shinjuku station ambik JR Chuo Line ke Otsuki Station by direct limited Express.Perjalanan ambik masa lebih kurang sejam.Aku tak buat seat reservation makanya berdirilah depan toilet sepanjang sejam itu dan bersesak sesakan dengan lain lain umat (COVER BY JR PASS).Aku siap charge phone dekat sinki.
  • Sampai Otsuki station ambik train Fujikyu Railway Line untuk ke Lake Kawaguchiko Station (TAK COVER BY JR PASS  TAPI  PEMEGANG JR KANTO AREA PASS SELURUH PERJALANAN AKAN DICOVER )
Ngam ngam train sampai semua orang lari pecut 100 meter sebab train nak ke Lake Kawaguchiko sedang menuggu.Akhirnya dapat juga duduk.Manusia sangat ramai dalam train mungkin sebab hari tu sabtu maka jepun jepun pun ramai nak ke kawaguchiko.

Naik train w/out ticket.Tapi jangan risau,tak lama kemudian akan ada konductor jual tiket.Most orang dalam train takde tiket sebab semua pecut kan termasuk aku maka aku bayar  

Fujikyu Train tiket = JPY1140/WAY

Dalam train just layan view ngan layan perasaan je.Nak layan mamat depan aku ni tak berapa menarik mana jadi aku ber eye mo dengan alam sekitar sahaja.View pun cantik dapat tengok kawasan rumah rumah orang Jepun dekat kawasan kampung.Train ni takde laju mana pun.

Masa dan nak hampir ke Kawaguchiko station boleh nampak Mount Fuji lite lite je sebab dia masih berlimut putih.Malu malu nak berbogel depan kami yang datang dari jauh.Tapi ramai juga yang gigih snap pic.Aku takde mood sebab nampak hujung hujung je yang macam bentuk tetek tu.

Hampir 1 jam train sampai ke Kawaguchiko station.
SAMPAI SUDAH KAWAGUCHIKO STATION

Memula aku cari dulu tourist info sebab aku nak beli day pass.Kalau nak bayar single ticket macam rugi je.Nampak je aku pergi la beramas mesra dengan 2 orang kakak yang jaga kaunter.Aku tanya itu ini siap buat calculation lagi profit n loss.Yang pasti aku suka je kakak tu sebab dia layan aku seadanya.Bagi info pun detail.Aku suka


Harga pass JPY1200 = 2 DAYS

Aku nak pergi 1 hari je aku dah nampak loss kat situ.
#hasandprofitandlossberpisahtiada


Pass dah ada kat tangan masa cari bus pulak.Tunggu je kat luar station nanti ada bus datang.
Bus ada 2 line RED & GREEN.Yang merah pergi tempat lain yang hijau tempat lain.Refer map nak pergi mana dulu.Bus yang line merah cepat sampai tapi yang warna hijau lambat.Aku memang nak ke Red Line dulu.Jadi naik bus tunjuk je pass kat driver.

Nak jalan area sini tak susah sebab tranportation pun bagus cuma kena beli pass dulu and decide nak pergi mana.

BERATUR ANAK ANAK - GREEN LINE
Tengok map nak stop kat mana dulu.Bus takde stop sesuka hati sebab sudah ditetapkan pit stop memasing.Setelah ditimbang tara aku pilih untuk stop kat tempat ramai orang.

AUTUMN
Turun dari bus aku usha usha dulu apa boleh buat.Yang penting aku nak duduk duduk ambik feel dulu.Cuaca yang baik so memudahkan activity aku.Sesambil tu aku sempat snap apa yang patut.Mood nak berjalan belum ada.

DEPAN DEPAN TU JE
Aku duduk sambil minum kopi yang aku bekal siap.Tapi makanan takde.Sadis sangat.Takpe sebab tak lapar sangat dah breakfast pagi tadi sebelum jalan.

Tapi aku sempat usha kejap dalam taman dekat aku lepak tu.Taman tu tak berapa menarik.Cuma ada bunga bunga yang segar yang aku nak petik tapi takut kena tangkap.Tetiba memori memetik bunga munchol dalam ingatan aku.Tetiba aku tersenyum.
NAK CARI SIAPA ?
Habis jalan kat taman aku pergi duduk duduk lagi.Tengok map dulu nak mula dari mana.

Mood sudah ada ayuh jangan buang masa aku ada 1 hari je kat sini.Aku kena cover sehabis mungkin.Tapi rajinkah aku ?

BUNGA
SILA MASUK
AMBIK MOOD
TANYA SAMA POKOK APA SEBAB GOYANG ? JAWAP POKOK BERUK ADA KAT ATAS DUK GOSIP PASAL CC
BUNGA
MAPLES
BERGUGURAN 
ROSES
WEDDING GARDEN - TAPI MANA PENGANTIN ? APA TAK JADI KAWIN ?
GUGUR DAH SEMUA TINGGAL SIKIT LAGI NAK BOTAK NANTI BAJAKAN YUNAN HAIR CARE
BAKAL GUGUR - HATI AKU PUN GUGUR
SEJUK
GINKO
Aku jalan jalan ke bahagian belakang.Aku nak pergi tepi tasik.Semangat berkobar kobar nak tengok Fuji yang keji.

4 comments:

  1. Aku takde mood sebab nampak hujung hujung je yang macam bentuk tetek tu.

    Kalau aku suka tu.... hahahaha

    kau jalan kaki dari station bus ke tasik? mantap gak tu urat kaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti aku kasi ko yang pelesu 1.Takde jauh mana pun.Tasik tu belakang tempat aku turun bas je.

      Delete
  2. Mana gmbar fuji-san yg ko ckp keji tu? Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tapi belum publish.Fuji keji tapi aku dapat tengok wayang free hahahahah

      Delete