Wednesday, 10 December 2014

JAPAN TRIP 2014 - ASAKUSA

7/11/2014 - JUMAAT

Destinasi seterusnya aku sampai Asakusa.Datang sini aku naik subway.Dari Ueno naik subway Ginza Line dan sampai Asakusa station.Nak ke tourist spot memang kena menapak sikit.Tapi tak jauh mana.

Asakusa ni memang jadi tourist spot dan banyak juga hostel hostel murah ada di kawasan ni.

Semua tourist yang datang Tokyo mesti tak lepas peluang nak pergi  Asakusa termasuklah aku.Yang paling hots kat sini tentulah temple Sensoji juga dikenali sebagai "Asakusa Kannon Temple'
GERBANG UTAMA SENSOJI TEMPLE
Sampai je nampak orang ramai.Mungkin sebab hari dah petang.Cuaca pun makin sejuk.Tapi demi sensoji kena kuat.Elok je terpacak depan temple ni ada pulak orang mintak tolong snap pic.

Lepas aku nak usha apa yang ada dalam sensoji temple ni.Aku tengok ramai je tourist yang buat ritual keagamaan.Tapi aku just tengok saje apa yang diorang buat.Ada tulis tulis hajat,minum air suci pastu ada lagi tapi aku lupa.

BESAR TANGLUNG
Walau temple ni dah lama wujud tapi masih terpelihara dengan dengan baik.Gigih melawat temple kat negara orang masjid kat negara sendiri malas nak pergi.

NAMA DIA
BELAH DALAM GERBANG UTAMA
AKU MACAM SERAM TENGOK PATUNG DALAM TU
BANGUNAN NI AKU SUKA
SENI BINA BUMBUNG YANG CANTIK
GERBANG - HOZOMON GATE
LAGI
DOA KE ?
LAMPU BESAR
RUMAH KECIL
PAGODA NI CANTIK
TANGAN SENGET
PANDANGAN SISI - BELAJAR LKJ TAK ?
BUMBUNG
BUMBUNG LAGI
BUMBUNG BELAH KIRI
MENUJU KE DALAM SENSOJI
TENGOK MAMAT YANG BAWAK BAGASI TU
SELEPAS
PASU BUNGA HAHAHAHAH
Lama juga aku duk berpusing pusing dalam ni.Yang paling tak puas bila tengok hasil seni bina temple.Sensoji hall ni besar juga tapi aku takde nak usha semua tempat dalam ni,nak detail pasal sensoji ni boleh refer sini ---->SENSOJI HALL

Tapi yang paling best tentulah dapat duduk dan tengok tengok orang yang pelbagai ragam.Hari pun dah nak gelap.
TUGU KE ?
DOA ORANG JEPUN AGAKNYA
FIVE STORIED PAGODA
LAMPU BARU DINYALAKAN
TUGU
MAIN HALL YANG LEBIH CANTIK BILA WAKTU MALAM
PANDANGAN SISI MAIN HALL (KANNONDO HALL)
APA NTAH YANG TERGANTUNG TU,NAK BACA TAK FAHAM
PINTU
PIC NI ASALNYA AKU NAK SNAP PATUNG TU TAPI NTAH KENAPA MACAM MENAKUTKAN SANGAT PATUNG TU 
KAMINARIMON GATE 
LAGI

Ok dah habis jalan aku nak pergi kedai kedai yang ada dekat sensoji ni.Aku nak cari souvenir.Ayuh tengok apa yang murah kat situ

No comments:

Post a Comment