Friday, 19 December 2014

JAPAN TRIP 2014 - MOUNT FUJI - LAKE KAWAGUCHIKO PART 2

Jalan ke tepi tasik,pastu nampak pakcik sedang sapu daun daun pakai machine.Menarik machine tu sekali tala terus daun daun yang bersepah takde.Aku macam termanggu kejap tengok pakcik tu bersih sampah,aku berdiri je dekat pakcik tu buat kerja,mesti pakcik tu fikir kenapa aku tengok dia buat kerja.Aku nak snap pic pakcik tu tapi macam segan pulak.

Habis tengok pakcik tu aku pose pose sendu jap.Berdiri tepi tasik fikir nak buat apa.Waktu ni dah ramai umat sedang snap pic.Ada yang tertonggeng tonggeng ada yang cam nak merangkap pun ada,Ada yang sipi sipi tepi tasik jatuh dalam tu baru padam muka.

KEJI TAK ?
PAKCIK DAN ISTERI.GIGIH PAKCIK TU.WIFE DIA TUNGGU JE
Tapi mereka semua duk tunggu selimut putih tu pergi.Sementara menunggu sempat buat la apa yang patut.Group yang datang dengan cam yang gedabak semua sibuk snap gambar pokok la ranting la daun la ada yang duduk duduk setting cam pun ada.

GROUP CAMERA GEDABAK ADA GROUP LAIN JUGAK
Ada jugak aku tengok orang orang tua duk melukis.Aku pergi dekat dekat nak tengok diorang lukis apa.Lukisan mereka takde lawa mana pun,aku pun boleh lukis cam gitu.Aku lupa nak snap pic orang yg melukis.Tapi pakcik tua tu tak marah pun aku duk tepi dia tengok dia melukis.

ABAIKAN COUPLE TU
AKU ADA PIC SENDU BAWAK POKOK NI
Tidak dilupakan aku nampak orang meromen.Sejuk sejuk memang sesuai untuk activity peromenan.Tapi apa adahal lantak la diorang nak meromen tapi sebenarnya aku jelessssss baby i miss u

Pedulikan pasangan yang meromen itu.

Group yang berkamera gedabak besar tu mula dah gerak pergi tempat lain.Mungkin mereka keciwa sebab fuji tak nak bogel.Tapi mereka gigih je snap fuji yang berselimut tu.Takpe la nampak lite lite pun.

MENUNGGU
BARING BARING
NAMPAK MUNCUNG CUP A SAJO

NAMPAK TU JE

Aku rasa kalau terus menunggu memang tak jadi kerja baik aku jalan jalan tempat lain dulu.Mungkin fuji masih malu malu kucing dengan kami,tak pun dia penat sangat buat aksi aksi ghairah semalam sebab tu tak nak tunjuk muka hari ni dan berkepompong sahaja.

Tengok map dulu sebelum sambung jalan.Aku rasa nak jalan sampai hujung.Sebab hujung hujung sana aku tengok orang lagi ramai.

Aku jelajah semua kawasan sekitar.Banyak jugak cafe cafe yang ada.tapi aku rasa macam tak halal kot kalau nak makan tapi kalau nak minum coffee je ok sajo.Tapi aku dah bawak coffee sendiri jadi jadi tak jadi nak lepak cafe.





Sepanjang aku lepak tepi tasik apa yang mampu snap pic daun je.Tapi yang paling aku geram bila ada couple tu bawak anjing tetiba anjing dia menyalak bila nampak aku.Adakah aku hantu jepun sedang mengekor dengan aku ?

Paling aku hangin anjing tu sikit lagi nak kena kaki aku.Aku pun tak perasan bila masa mereka lalu sebab membelakangkan aku.Kalau kena kaki aku memang masuk tasik la aku sepak anjing tu.Walaupun anjing tu comel sorry CC memang takde belas kasihan .


SENDIRI
JALAN JALAN TANPA TUJUAN
JALAN NAK KE SEBELAH SANA
LALU JAMBATAN
CEPAT CEPAT JALAN
AKU SUKA WARNA DAUN NI
GUGUR 
CAFE
SILA SILA
MACAM TUTUP
Hari pun dah nak masuk lunch hour.Perut aku pun dah mula lapar.Tapi makanan non ado.Takpe lupakan lapar dulu makan tu nanti nanti pun boleh.Ada famly yang siap berkelah kelah tepi tasik.Makan tak ajak aku.

Penat jalan aku duduk lepak dulu.Layan perasaan jap sambil hadap Fuji yang sendu.Baru sikit aku jelajah ni besar lagi aku nak kena redah ni.Takpe takpe minum coffee dulu.

Tengah aku duk layan perasaan datang budak perempuan mintak aku snap pic untuk mereka.Aku boleh je.Lepas snap pic mereka beria diorang nak snap pic untuk aku.Tapi aku cakap tak mahu.Lepas tu mereka blah lepak haip haip.

DEPAN CAFE
POKOK MERAH
TAKDE KERJA
BANGKU TEMPAT AKU LEPAK MINUM COFFEE
POKOK

6 comments:

  1. Cantik2 pic. Aku tak singgah sini. Terus gi last stop. Menyesal...hahahhaha

    Lawa la muncung fuji pun...still blh nmpak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. liza lain kali sila pergi hokeh nanti repeat okey.Tapi tiket sekarang agak mahal aku ada jugak usha

      Delete
  2. Replies
    1. best tapi kalau aku pergi hujung hujung lagi best kot

      Delete
  3. Lawo gak view dr sini eh. Ritu x menyinggah pon.rugi nih

    ReplyDelete