Tuesday, 30 December 2014

CERITA ADIK ADIK

CERITA ADIK BERADIK

Aku ada adik adik yang masih sekolah.Sorang baru je lepas SPM sorang nak masuk form 1 dan sorang nak masuk standard 2.

So semperna musim sekolah ni sibuk la aku nak sediakan kelengkapan sekolah untuk adik aku.Aku call mak aku tanya diorang nak apa.

Aku balik umah mak aku masa cuti krismas itu hari.Makanya banyak la benda yang aku bual bual dengan adik aku.Biasa cakap dekat phone je.Cakap dekat phone tak sama macam cakap depan muka (face to face)

Aku sibuk memanjang balik umah mak aku.Sibuk peluk periuk je.

Adik pempuan aku kena pergi PLKN.Masa aku tahu hari tu adik aku dah pergi pun.Mak aku sepatah haram tak bagi tahu.Kalau ikutkan hati aku memang tak nak bagi adik aku pergi program ni.Ntah kenapa sejak aku dengan macam macam kes yang jadi aku rasa program ni macam buang masa.

Masa hari ke 2 kat sana adik aku call aku macam macam dia complain kat aku.Adik aku tu cerewet sikit.Aku dengar story mory adik aku buat aku makin panas.Kesihatan adik aku tu kurang memuaskan sedikit,so dia bawak ubat sendiri.Aku sebenarnya tak tahu mana procedur PLKN ni sekarang.Yang pasti ubat adik aku dirampas.

Tapi syukur adik aku sekarang dah ada kat umah,sebab masa hari ke 3 dia jatuh kat sana dan diarahkan pulang.So aku gembira sebab dia tak payah ikut program PLKN

Adik no.3 aku baru dapat result UPSR.Tapi result dia tak bagus pun.Tapi takpe tak bagus pun bukan aku nak marah dah memang dia malas.Adik aku pandai ke tak pandai ke yang penting dia sayang aku cukuplah.

Tapi adik aku yang no.3 jenis lurus bendul sikit.Dia tak pandai melawan orang.Aku selalu ajar dia yang bukan bukan.Aku selalu ajar dia kalau ada orang pukul dia aku cakap pukul orang tu balik tendang je perut orang tu dan tendang kepala dia.Mak aku selalu marah bila aku ajar dia benda benda kearah kekejaman.Aku akui aku memang panas barang dan garang.

Adik aku yang no.4 akan masuk stand 2 next year.Cepatnya masa berlalu ini menunjukkan kakaknya ini sudah matang.Tapi apa pun dia tetap baby bro aku.Yang ini pun aku ajar dia yang bukan bukan semua kearah kekejaman.Tapi bukan kejam pun tapi lebih pada nak lindung diri supaya tak dibuli.

Aku memang pantang kalau ada orang buli adik aku.Kalau sesiapa cari pasal dengan aku ke adik aku ke siap aku cari sampai lubang cacing.

Kawan kawan aku kat ofis pun ramai cakap aku garang hahahahah









2 comments:

  1. anak pertama mmg garang sbb sis JM pun anak pertama dalam keluarga..juga sikapnya garang tapi xder lah nk ngajar adik "kalau ada orang pukul dia aku cakap pukul orang tu balik tendang je perut orang tu dan tendang kepala dia" mmg GANAS tu eheheh

    ReplyDelete