Thursday, 11 December 2014

JAPAN TRIP 2014 - ASAKUSA PART 2

Masih lagi di Asakusa.Tadi dah jalan area temple ni jalan kat kedai kedai yang banyak di luar kawasan temple.

AKASUKA NAKAMISE SHOPPING STREET

Orang cakap kasawan ni banyak jual souvenir yang murah murah.Jadi aku pun tak nak lepaskan peluang untuk beli blah apa yang patut.

Memula usha dulu apa yang ada.Tak boleh beli terus.Kalau boleh usha hujung ke hujung baru puas hati.Orang tak payah cakap memang ramai.Tapi takpe aku tak kisah lagi ramai lagi bagus nama pun pelancong.


JALAN
Banyak kedai kedai jual makanan tempatan.Kedai kedai jual souvenir pun banyak.Pilihan terletak kat tangan aku nak beli apa.Aku sebenarnya nak cari souvenir lagi untuk bebduak ofis.Kalau aku beli makanan pun takde hal sebab office aku memang ramai chinese.

Activity window shopping memang hobby aku so takde masalah untuk aku jelajah setiap kedai yang ada.Selain beli untuk orang untuk diri sendiri jangan dilupa.

Tapi yang aku kuciwa  usha punya usha macam tak menarik sangat souvenir yang ada.FM pun biasa biasa je.Benda yang gantung gantung walaupun kecik tapi tetap mahal.Nak bagi orang tapi kedekut how ?

Takpe aku banyak masa lagi kat Japan.Masih banyak tempat aku nak redah.So tak beli kat sini pun maybe ada tempat lain yang lebih menarik.Tapi aku tetap jalan jalan sampai puas.
AKU RASA HARGA SELIPAR NI MAHAL.tAPI DARI SEGI KUALITI AKU TENGOK MACAM BIASA JE.LETAK KAT KAKI AKU SEHARI JE TAHAN NI
GANTUNG GANTUNG MACAM NI PUN MAHAL
FM YANG BAGI AKU BIASA BIASA JE
Waktu kat sini aku jumpa 1 Family dari Malaysia.Tapi sesi pandang je dan takde senyum.Anggap saja kita dari negara berbeza.Lagi pun aku takde masa nak bermesra dengan orang lain.

TOKYO TOWER DARI KEJAUHAN
ADA MASALAH KATANYA TU YANG LARI DUDUK ATAS BUMBUNG
HABIS FIKIR AKHIRNYA DECIDE BUNUH DIRI
KAWAN DIA CAKAP SABOR SABOR COOL BABE
Hari pun dah makin gelap.Tapi aku ambik masa lagi lepak pintu gerbang sensojil.Lepak sampai puas.Waktu lepak ada sorang nenek tua bongkok sangat sangat lalu depan aku.Risau je aku tengok sebab takut dia tak nampak orang orang yang ada depan dia.Aku rasa bukan aku je yang risau orang orang yang ada kat situ pun risau bila tengok nenek tu jalan.Tapi aku lupa nak snap pic.

Nenek tu jalan sesorang je.Tetiba aku pun terfikir aku bila tua nanti macam tu jugak kah ? Jalan sesorang tanpa siapa yang temani aku

Emosi tetiba tak tentu fasal.

Takpe masa muda ni hadap je apa yang ada.Bila rasa sunyi boleh suka ria  sama skandal skandal aku yang baik baik belaka tu.
USHA LAGI
SEKITAR ASAKUSA
 GEGAR 
Habis beremosi sekejap,aku decide nak pergi Shibuya lagi sekali.

Ada luck boleh peluk Hachiko








No comments:

Post a Comment